Wednesday 26 December 2012

REKOD BURUK AKAUN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA?

Mohon penjelasan Ketua Pemuda Umno mengenai jutaan hutang di Bank Pertanian

Kenyataan Umum

27 Disember 2012

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RM YANG BERDASARKAN REKOD MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Jika ini semua benar wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini. Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab sendiri.

che'GuBard
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday 20 December 2012

MENANG ORANG ASAL, BN MENYESAL

 Orang Asli menang hak tanah di mahkamah   

TEMERLOH: Penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam, Bera memenangi kes ke atas tanah mereka yang cuba diambil kerajaan Pahang, pada 2006 lalu.

Kerajaan Pahang juga diminta dalam tempoh satu tahun untuk menggazetkan tanah seluas 2023.47 hektar itu sebagai tanah rezab Orang Asli.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian di Mahkamah Tinggi Temerloh, pagi tadi.

Kira-kira 80 orang penduduk dan aktivis orang asli turut hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan tersebut, selain menyatakan sokongan.

Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli, Dr. Colin Nicholas, ketika dihubungi Hrakahdaily berkata isu tanah itu menjadi pertikaian sejak 2006 apabila lebih 300 penduduk kedua-dua kampung itu diminta keluar.

Beliau berkata, tanah tersebut diambil kerajaan Pahang  bagi tujuan pembangunan Felcra Sdn. Bhd., bagaimanapun penduduk kampung yang terlibat bertindak menentang dan memohon injuksi bagi menghentikan pencerobohan tersebut.

Sedangkan, tambah Nicholas, tanah tersebut telah direzabkan sebagai tanah rezab orang asli pada 1974.

Penduduk memfailkan semakan kes berkenaan tanah tersebut pad 2007, dan ditangguhkan beberapa kli sehingga diputuskan keputusannya hari ini.

Penduduk Orang Asli tersebut diwakili firma guaman Lee, Hishammudin Allen & Gledhill, diketuai Datuk D. P. Naban, Lim Heng Seng and Gobinathan.

Sunday 16 December 2012

2 SYARIKAT BUAT BN TERIKAT !

2 SYARIKAT KERAJAAN RUGI LEBIH RM1 BILION

LAPORAN AUDIT Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.

Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat.

Selain itu, syarikat itu juga tidak pernah meningkatkan kadar tambang sejak mula beroperasi pada 2005 dan menganggarkan keadaan kewangan yang "lebih sukar" bagi membiayai perbelanjaan operasi sekiranya tidak menaikkan kadar tambang tren dan bas.

Syarikat itu juga akan terus memerlukan bantuan berterusan daripada Prasarana dan kerajaan sekirana tidak berbuat demikian, menurut maklum balas itu.

Bagaimanapun, syarikat itu berikrar untuk terus memperbaiki kedudukan kewangan syarikat serta memastikan semua inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi berjalan lancar.

IWK pula dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit menyebut, prestasi kewangannya kurang memuaskan sejak tiga tahun lalu kerana kadar tarif pembetungan yang rendah sedangkan kos operasinya meningkat saban tahun.

Penyata kewangan IWK yang diaudit menunjukkan peningkatan dalam pendapatan berjumlah RM156.03 juta (27.5%) bagi tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya, namun mengalami penurunan pendapatan pada tahun 2010 berjumlah RM105.34 juta (14.6%) disebabkan faktor berkenaan.

Menurut laporan itu, kadar tarif pembentungan negara tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1994, malah diturunkan kerajaan pada tahun 2004 akibat rungutan pelanggan.

Kerajaan juga menyalurkan subsidi berjumlah RM1.32 bilion dari tahun 2001 hingga 2011 bagi menampung defisit kos operasi tersebut.

IWK kemudiannya tidak lagi bertanggungjawab ke atas perkhidmatan untuk tangki septik individu dan komunal apabila  Akta Industri Perkhidmatan Air dikuatkuasakan pada 2008.

"Ini menyebabkan pendapatan IWK terus menurun akibat kehilangan anggaran 11,348 pelanggan tangki septik individu," kata laporan itu.

Syarikat itu juga menyatakan untuk menjalan usaha berterusan bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti perlaksanaan Continous Improvement Projects (CIP).

"Perlaksanaan CIP yang dimulakan pada bulan Februari 2012 akan siap pada 31 Januari 2013 dan seterusnya pada setiap tahun. Kajian telah dibuat dengan pihak berkenaan untuk penyelarasan semula struktur dan kadar tarif pembetungan.

Menurut laporan itu lagi, cadangan Semakan Semula Kadar Tarif ini dijangka akan dibentangkan oleh pihak kementeritan tenaga teknogi hijau dan air kepada Kabinet pada 31 Disember nanti. -MK

Tuesday 4 December 2012

RAKYAT BN BAGAIKAN CAPATI !

SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan wajar menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dakwaan kenaikan caj bil elektrik dikemukakan orang ramai, kata Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Kenaikan caj ini berikutan langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan penukaran meter analog kepada meter elektronik.
Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, penubuhan badan bebas itu perlu kerana wujud rasa tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang mesti dipandang serius oleh kerajaan.
Menurutnya, bagi kawasan Kelana Jaya sahaja, PKR menerima 22 aduan daripada orang ramai yang mendakwa kenaikan caj bil elektrik antara 20 hingga 50 peratus.
“Program penggantian meter ini sebenarnya suatu komitmen kewangan yang cukup besar oleh TNB dan beban kewangan tambahan kepada pengguna boleh mencapai berbilion-bilion ringgit.
“Kajian kami menunjukkan buat masa ini ada 8.03 juta pengguna TNB di Malaysia. Kami menganggarkan harga purata meter elektronik baru adalah RM250 setiap unit. Justeru program penggantian ini berpotensi mencapai sehingga RM 2 bilion (8.03 juta unit x RM250),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata, penjelasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa sebarang kenaikan penggunaan elektrik selepas penggantian meter adalah berikutan bacaan yang lebih baik dan tepat daripada meter elektronik bukan jawapan memuaskan mengenai potensi saiz beban kewangan yang bakal ditanggung semua pengguna TNB.
Tambahnya isu tersebut tidak boleh dipandang kecil kerana ia melibatkan satu jumlah kewangan besar yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai sebagai pengguna.
Katanya, bagi tahun kewangan 2012 hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion maka jika meter elektronik baru memberi peningkatan konservatif dua peratus di dalam semua bil elektrik, beban tambahan ke atas pengguna adalah sebanyak RM688 juta setiap tahun.
“Memandangkan meter elektronik baru ini mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, pengguna akan akhirnya membayar RM6.88 bilion lebih kepada TNB untuk tempoh tersebut.
“Justeru PKR berharap kerajaan lebih bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini dan rakyat berhak mendapat maklumat lanjut mengenai program penggantian meter elektronik baru oleh TNB,” katanya.
Beliau menjelaskan berdasarkan kajian menunjukkan TNB mempunyai lima pembekal dengan salah satunya, Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd dimiliki sebahagian oleh keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala harga purata meter elektronik satu dan tiga fasa ialah RM250 setiap satu.
“Adakah tender perbekalan dibuat secara tender terbuka atau runding terus? Butir-butir penuh dan telus seharusnya diberikan oleh TNB,” katanya lagi.

Monday 3 December 2012

DENGAN SYAHRIZAT DAN BERSILAT INI PULA BEKAS SIFU

PETALING JAYA 3 Dis: Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
“Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.
“Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13.
“Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat,” kata Anwar.
Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana ‘sukarela’ berkempen untuk Umno.
Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40576

Sunday 2 December 2012

NAJIB KANTOI LAGI GAGAL

KUALA LUMPUR 3 Dis: Kegagalan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan keluarga menunjukkan beliau cuba lindungi Perdana Menteri.
Zahid sebelum ini berjanji akan memberi respon terhadap isu itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu, tetapi langsung tidak disentuh.
Beliau sebaliknya menghabiskan sebahagian besar ucapannya dengan memuji usaha Perdana Menteri di peringkat antarabangsa, dan mengkritik Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, tindakan Zahid itu hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.
“Beliau seharusnya menunaikan janjinya untuk memberi penjelasan. Di mana kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin?
“Tindakan Zahid ternyata menambah imej negatif kepada Umno yang sememangnya tercalar dengan pelbagai isu yang tidak berjawab.
“Timbul juga persoalan apakah beliau juga terlibat dalam konspirasi yang melibatkan Najib tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Shuhaimi tidak menolak kemungkinan Zahid cuba untuk mengalih isu supaya tumpuan lebih diberikan kepadanya berbanding penantian rakyat untuk mendengar jawapan berhubung isu tersebut.
“Kita juga tertanya-tanya apakah janji beliau untuk menjawab isu itu sebenarnya untuk ‘divert issue’ (mengalih isu) supaya media dan rakyat melupakan seketika tentang dakwaan yang mengaitkan Najib dalam skandal Altantuya (Shaaribuu).
“Ataupun Zahid mahu menunjukkan bahawa beliau satu-satunya orang Umno BN yang menjaga Najib?,” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu.
Deepak mengakui terlibat membatal akuan bersumpah (SD) P Balasubramaniam yang mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib.
Beliau yang akrab dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan pernah menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ berbuat demikian apabila diminta menghulurkan pertolongan kepada Najib.
“Saya diminta membantu oleh seorang kawan, saya bersetuju untuk membantu kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan kumpulan itu,” katanya dipetik dari Malaysiakini.
Dalam wawancara itu, Deepak mengakui terlibat dalam kontroversi akuan bersumpah Bala atas permintaan seorang ‘kawan wanita’ tetapi beliau enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.
Katanya, SD kedua Bala dibuat bagi menarik balik tuduhan yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya, sekaligus menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita itu.
SD pertama, katanya, adalah permulaan sebelum seorang daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.
Bagaimanapun, Deepak berkata, personaliti yang dinamakan dalam SD pertama bertindak menghalang pendedahan itu.
Beliau juga menyifatkan penglibatannya dalam masalah Bala yang bertujuan membantu Najib Razak sebagai suatu kesilapan.
“Saya seorang ahli perniagaan. Saya kecewa kerana membantu seorang kawan yang saya anggap sejati. Saya tidak sepatutnya terlibat dalam filem James Bond ini,” katanya.
Ekoran pendedahan kepada media, Deepak terpaksa meletak jawatan pengarah dari semua 26 syarikatnya akibat tekanan daripada lembaga pengarah syarikat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40485