Tuesday 12 November 2013

DASYATNYA KOS PERUNDING SWASTA MACAM PESTA !

PKR tuntut penjelasan 7.2 bilion kos perunding swasta

Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.

"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.

Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.

"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya. - TMI

No comments:

Post a Comment