Sunday, 19 May 2013

MENTERI PELAJARAN YANG LUSOH LAGI PERANGAI HUDUH!

Rasanya belum terlambat untuk ucap tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan tak lupa juga untuk tahniah kepada Datuk Seri Idris Jusoh. Tahniah kepada Najib kerana sudah lantik Idris Jusoh sebagai menteri Pelajaran II dan tahniah kepada Idris kerana sudah dapat jawatan menteri dalam kabinet yg dikatakan seimbang.

Kita tidak tahu apakah yang dikatakan kabinet Najib itu sebagai kabinet seimbang gabungan antara yang baru dan lama.

Jika begitu, penulis boleh setuju. Akan tetapi ia sangat bahawa kabinet Najib tidak seimbang. Kenapa? Kerana 7 menteri dari Sarawak dan 6 dari Sabah yang akan mencipta permasalahan. Percayalah.


Pada penulis, pelantikan Idris Jusoh sebagai menteri Pelajaran dan pengajian tinggi II sangat tidak kena. Kenapa? Bayangkan seorang menteri pelajaran dan pengajian yang tiada dengan dunia pendidikan tanahair.
Buktinya, ketika menjadi menteri besar Terengganu (2004) Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu di jual.
KUSZA di jual kepada kerajaan pusat untuk dijadikan university Darul Iman (UDM) dan tidak pernah mendapat restu daripada Al Sultan Terengganu.
Kolej Yayasan Terengganu di jual kepada UITM untuk dijadikan UITM cawangan Cendering Kuala Terengganu dengan alasan konon boleh menyelamatkan RM 70 juta wang rakyat.
Penulis sangat bimbang suatu masa nanti aka nada beberapa buah universiti milik penuh kerajaan akan dijualkan kepada pihak swasta.
Adalah tidak mustahil akan di perlakukan demikian dengan alasan yang sama sepertimana yang berlaku di negeri Terengganu.
Idris Jusoh merupakan seorang pengamal politik dendam yang tidak boleh di nafikan lagi, kerana semasa menjadi menteri Terengganu LOT LOT tanah yang diluluskan oleh kerajaan PAS negeri kaya rakyat miskin dirampas balik, hatta yang sudah dibayar premiumnya.
Ramai guru guru jadi mangsa tukar 24 jam memisahkan anak Isteri. Ada yang ditukarkan ke Sabah Sarawak kerana mereka tidak menyokong umno.
Penulis bimbang perkara yang sama akan berlaku, kerana menterinya salah seorang pengamal politik dendam yang melampau dan jelas bercanggah dengan tranformasi pendidikan tanahair yang telah digariskan oleh perdana menteri yang paling rendah sokongan rakyat pada PRU 13 lepas berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saturday, 18 May 2013

BUKTI RAKYAT SOKONG PAKATAN RAKYAT !



Dimana jua Pakatan Rakyat menganjurkan black 505 Suara Rakyat Suara Keramat yang bermula di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada 8hb Mei 2013 dan terbaru semalam 17hb Mei di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan... puluhan ribu malahan sampai ke angka ratusan ribu rakyat datang berhimpun secara aman menunjukan bantahan cara perjalanan PRU 13 yang lalu.

Rakyat boleh menerima kekalahan jika PRU 13 yang lalu dijalankan secara adil, telus dan bersih.

Himpunan ini bukannya himpunan revolusi tapi himpunan aman bantahan rasa tidak puas hati.

Perlunya pihak berwajib ambil berat agar sistem Pilihanraya kita bukan saja adil, telus dan bersih tapi perlu jua dilihat adil, telus dan bersih.

Kebanjiran orang ramai membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam PRU13 walaupun belum berjaya membentuk kerajaan. -omakkau

Thursday, 16 May 2013

'PENGGANAS" PUN NAJIB LANTIK MENTERI?


Selepas Tipu Undi, Najib Lantik Pengganas Jadi Menteri Kabinet




PENGGANAS menjawat jawatan penting dalam barisan pemerintahan Malaysia? Biar betik? Bukan aku cop dia pengganas tapi UMNO-BN dan juga diakui pihak Polis. Bukan Harakah atau Suara Keadilan atau Roketkini yang tulis artikel HINDRAF PENGGANAS tapi Utusan, Berita Harian, Metro dan malah disambut di berita2 TV..

UMNO-BN SUDAH seperti "Dah Ludah Jilat Balik". Inilah pemimpin NAJIB 'yang kuat pendirian' dlm membuat sesuatu keputusan. Aku amat kagum seorang PM Malaysia yg suka 'FLIP-FLOP' & membuat 'MAGIC'... kikikihhh !!!

Apa sudah jadi? Tak ganas lagi ka? Dulu Haram sekarang Halal ehk?


Sumber:
HINDRAF DIISYTIHAR HARAM

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

HINDRAF KEKAL PERTUBUHAN HARAM
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

KERAJAAN TARIKBALIK PENGHARAMAN HINDRAF
http://amenoworld.blogspot.ae/2013/01/kerajaan-tarik-balik-pengharaman-hindraf.html

SENARAI BARISAN KABINET PERSEKUTUAN 2013
http://www.sinarharian.com.my/senarai-barisan-kabinet-persekutuan-2013-1.160588

KAKI PUTAR BELIT & PEMBELOT
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=564664780240842&set=a.483356461705008.112163.270291666344823&type=1&relevant_count=1

PM: Pantau hubungan Hindraf-pengganas
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2007%2F12%2F7%2FTERKINI%2FMutakhir%2FPM_Pantau_hubungan_Hindrafpengganas&sec=mstar_berita

5 dituduh sertai pertubuhan haram HINDRAF

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5dituduhsertaipertubuhanharamHINDRAF/Article/index_html

Monday, 13 May 2013

CADANGAN AGUS YANG AMAT BAGUS !

Pengerusi SPR dan ahli-ahlinya perlu letak jawatan.-Prof. Mohammad Agus

Prof.Mohammad Agus Yusoff
Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.
Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.

Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

Maka, siapa yang patut dipersalahkan? Saya tidak salahkan UMNO dan BN, tetapi saya salahkan SPR. Dengan kegagalan ini, jika tanpa jawapan yang memuaskan, sampai ketikanya Pengerusi SPR dan ahli-ahlinya meletakkan jawatan.

Semoganya kelemahan dalam pengendalian pilihan raya kali ini tidak berlaku lagi dalam PRU ke-14 nanti. Negara kita berhak mendapat pengurusan pilihan raya yang lebih baik.

BN BAKAL TUMBANG !

Kerajaan BN bakal tumbang melalui 27 Petisyen Mahkamah?


237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.

“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.

“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenaraipendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort.

Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.

Tambah Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan raya tersebut ialah:

1. Pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.

2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.

3. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.

4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya.

5. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan Undang-undang.

Bangla Nation

6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.

Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang memulakan siasatan minggu ini.

“Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan.

“Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara.

“Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan,” kata Rafizi ~ Keadilandaily

KINI 18 MEI UNTUK SPR!

Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.

“Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

“Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini,” kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.

Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai ‘pengadil’.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.

“Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat,” kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan, beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.

Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang (14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).

Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. -KD

Sunday, 12 May 2013

BERSYUKUR PADA TUHAN BILA SELANGOR DAPAT DIPERTAHAN !

Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.
Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.
Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.
Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.
Khalid IbrahimPAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.
KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
Sekian, terima kasih
Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat