Thursday 30 May 2013

KALAU SELANGOR BOLEH , SERAWAK JANGAN BERDALIH?


Sementara barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru dilantik, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan meneruskan deklarasi yang telah dilakukan sebelum ini termasuk pengisytiharan harta selepas menjawat jawatan dalam pentadbiran negeri.
Menurutnya, setiap penambahan aset semasa Exco tersebut ketika mula bertugas akan dilaporkan termasuk Exco baru dan lama.
Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, perkara itu akan dilakukan sebelum sidang Dun yang pertama bermula pada 28 Jun depan.
“…21 Jun akan adakan satu upacara angkat sumpah di Dewan, angkat sumpah tersebut  menentukan Speaker, Timbalan Speaker dan juga setiap Adun dikehendaki mengangkat sumpah pada hari tersebut.
“Saya ingat yang pengting adalah Exco dahulu, sebab ia bukan sahaja mempunyai tugas yang dipanggil tugas eksekutif,” katanya pada pemberita di Istana Alam Shah, di sini, hari ini selepas istiadat mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Selain Selangor, Negeri Sembilan juga mengambil langkah sama dengan meminta kesemua Exconya melakukan pengisytiharan harta.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberikan tempoh sebulan bermula 22 Mei lalu untuk mengisytiharkan aset masing-masing.
Sehari sebelumnya, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan semua wakil rakyat di Parlimen dan Dun supaya mengisytihar aset setiap tiga tahun.
Ia bagi memastikan integriti pentadbiran negeri di samping mengatasi soal keraguan sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat.

Wednesday 29 May 2013

INILAH BALA BILA RAKYAT MENGADU PADA YANG 47% MAMPU !


TERUSKAN LAGI MPAT NEGERI !


PETALING JAYA, 29 MEI: Perhimpunan aman #Blackout505 akan diteruskan Jun ini melibatkan empat lokasi yang ditentukan penganjur.
Perkara ini diumumkan Pengarah Perhimpunan Blackout 505, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media hari ini.
Tarikh baru perhimpunan #Blackout505 adalah:
10 Jun – Perlis
11 Jun – Sungai Petani, Kedah
12 Jun – Kota Bharu, Kelantan
14 Jun – Batu Pahat, Johor
Menurut Johari, perhimpunan diteruskan dengan tiga asas tuntutan reformasi pilihan raya yang perlu dipatuhi kerajaan.
Tiga asas tuntutan adalah keseluruhan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang meletakkan jawatan di atas kegagalan mereka memastikan Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU-13) berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.
Sehubungan itu, satu pasukan SPR baru dilantik dan dipersetujui bersama dengan Pakatan Rakyat dan kumpulan masyarakat sivil yang mewakili rakyat untuk merangka reformasi SPR untuk dibentang serta dipersetujui di Parlimen kelak.
Asas kedua adalah pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh dibawa.
Sementara asas ketiga adalah menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehingga anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh kesemua pihak dibentuk.
Tegasnya lagi, tuntutan yang dikemukakan adalah jelas untuk dipenuhi supaya pembaharuan selepas penipuan PRU-13 boleh bermula.
“Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang menyertai #Blackout505 di seluruh Malaysia.
“Ia menjadi lambang baru kesedran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 pertaus rakyat yang menyokong reformasi dan pembaharuan di negara ini,” ujar beliau lagi.

Monday 27 May 2013

SPR SEDAR BUKTI DAH KELUAR !

SPR keluarkan borang 10A, sahkan kewujudan pengundi hantu

PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah mengesahkan kewujudan pengundi hantu.

Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.

Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi. rafizi_ramli

Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.

“Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab. Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal,” kata Rafizi.

“Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.

“Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi,” kata Rafizi.

Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan.

“Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?

“Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara,” soal Rafizi.

Katanya, SPR ada lebih sepuluh sumber untuk melakukan siasatan, namun mereka tidak menggunakannya dengan baik, malah memperlekehkan aduan rakyat.

“SPR patut malu kerana kegagalan mereka menyelesaikan aduan rakyat berkaitan kegagalan sistem mereka,” kata Rafizi.
(Oleh Ruqayya Rahman)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52689

Sunday 26 May 2013

MULAI HARI INI BUAT LAPORAN BEGINI !

Sharpshooter menyeru kepada semua pengundi yang tertipu dengan SPR tentang dakwat kekal supaya segera membuat laporan polis..contoh laporan polis seperti di bawah

Saya ____________________________, kad pengenalan bernombor _____________________________ ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat pengundian semasa saya keluar mengundi.
Pada 05/05/2013, jam lebih kurang pukul _________, saya telah keluar mengundi di ____________________.

Setelah pegawai SPR menyemak dah mengesahkan identiti saya, mereka telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi, saya pergi ke bilik air untuk membasuh tangan.

Saya difahamkan bahawa dakwat kekal itu sepatutnya tidak luntur untuk jangka masa 5 hari.

Walau bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati dakwat yang didakwa kekal luntur sepenuhnya. Saya percaya dengan pengunaan dakwat yang boleh luntur ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertangungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan dalam proses undian.

Saya juga percaya bahawa kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya.

Perkara ini adalah amat serius dan harus disiasat dengan serta merta. Sekian laporan saya.

Selepas membuat laporan polis sila serahkan salinan kepada mana-mana pejabat Parti Pakatan Rakyat yang berhampiran samada Parti Keadilan Rakyat, PAS atau DAP...sasaran kita 100,000 laporan polis..lawan tetap lawan

MUL:AI HARI INI PKR AKAN GEMPAR SPR !


PETALING JAYA, 27 MEI: Bermula minggu ini, PKR akan mula memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di 29 kerusi parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.
Petisyen tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Demikian menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ucapannya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ Sabtu lalu.
Rafizi turut menempelak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya diperkudakan oleh Umno-BN.
“Kalau rakyat beritahu ada penipuan, mereka (SPR) patut cakap… baik rakyat, kami akan siasat seadil-adilnya, susah sangat ke nak cakap macam itu?
“Kalau ketagih sangat nak jadi ahli politik, letak jawatan sekarang juga, jangan jadi Timbalan Pengerusi SPR,” kata Rafizi.
Sementara itu Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan pula percaya kegagalan fungsi dakwat kekal sememangnya sudah diketahui oleh SPR sendiri sebelum pilihan raya bermula.
“Sebab itulah SPR tidak mahu mengadakan demonstrasi dakwat kekal sebelum pilihan raya kerana dia sudah tahu dakwat tersebut tidak kekal,” ujar Ambiga.
Pakatan Rakyat mempercayai PRU-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu adalah yang terkotor di dalam sejarah negara.
Bagaimanapun keputusan pilihan raya tersebut boleh dicabar dengan mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh SPR.
Petisyen tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Thursday 23 May 2013

BEROK DAPAT BUNGA MEMANG GITU!

Zahid, hentikan tangkapan ‘rakus’ pemimpin Pakatan, NGO

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu.
Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato’ Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.
Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.
AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya.
Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini.
Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak.
AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini. Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan.
Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52426

Tuesday 21 May 2013

KONGRES NASIONAL KE 9 ! 24&25 MEI








Tema hitam di Kongres KEADILAN 24 & 25 Mei ini
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Kongres Nasional KEADILAN ke-9 akan diadakan pada 24 dan 25 Mei 2013 bertempat di Dewan Sivik MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
Kongres KEADILAN kali ini membawa warna tema hitam dengan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan menyampaikan ucaptama pada hari Sabtu jam 8.30 pagi sekaligus merasmikan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9.
Perasmian bersama Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada hari Jumaat jam 2 petang.
Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 10 pagi. Dijangka lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati serta jemputan khas dari luar negara akan hadir.
Ibu pejabat KEADILAN juga akan membuat siaran langsung (livestream) bagi upacara perasmian Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke-9.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat digalakkan untuk menghubungi urusetia program di talian 012-6541415 (Syed Shah) atau emel kepada Pengurus Operasi ibu pejabat KEADILAN di alamat nurulhuda@keadilanrakyat.org