Pendedahan
bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin
Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat
perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.
Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhianatan tetapi
maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam
rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi
menjaga maruah dan air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin
kanan mereka.
Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihammuddin itu sesuatu
yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan
itu di muka dunia. Hishammuddin ialah salah seorang naib presiden Umno
dan sepupu kepada Najib Razak.
Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya
ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis
semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam
Negeri, Hishammuddin Hussein.
Menurutnya campur tangan berbentuk arahan dibuat oleh Hishammuddin
kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa
pengetahuannya.
Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4
(1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang
boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.
Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada
Hishammuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya.
Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontrak
sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan
keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.
Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan
Hishmmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya NGO seperti Perkasa(m),
Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM
apa yang berlaku itu.
Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang
telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara
ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menuding jari kepada pihak lain
saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin
dan ahlinya sendiri.
Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishammuddin ditangkap
tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa
siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi
kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan
negara misalnya seperti melindung penjenayah negara.
Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat
itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes
kacau ganggu Polis Diraja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya
mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung
kontrak kurang menyengat.
Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu
baru dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia yang sering dilemparkan
sebagai komponen BN yang ke-17 selepas SPR (15) dan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN 16).
No comments:
Post a Comment