Wednesday 21 November 2012

PERLAKSANAAN PILIHANRAYA PBT PERLU SEGERA SETELAH DIKAJI

SHAH ALAM 21 NOV : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh mendesak Kerajaan Negeri supaya tidak menangguhkan perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Katanya, beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan wang untuk membuat kajian perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan di negeri ini.
Bagaimanapun, hasil kajian itu dan anggaran kos untuk perlaksanaan itu tidak diketahui.
Beliau berkata Pulau Pinang sudah dalam proses melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam bulan Januari tahun depan.
“Sehubungan itu, wajar sekiranya Kerajaan negeri yang merupakan negeri yang kaya dan maju tidak menangguhkan perkara itu kerana penduduk setempat mempunyai kuasa untuk memilih ahli majlis mereka.
“Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan memastikan ‘the best person is picked’ untuk berkhidmat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan.
“Oleh itu, janganlah Kerajaan Negeri menangguh perlaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment