KIAMAT UMNO
Gambar Hiasan dari Laman Facebook
UMNO Cawangan-cawangan hampir sepenuhnya sudah melaksanakan
tanggungjawabnya mengadakan Persidangan UMNO Cawangan. Kini UMNO
Bahagian-bahagian pula akan berhadapan dengan Mesyuarat UMNO
Bahagian.Banyak yang berlaku sekeliling kita dalam melaksanakan proses
yang dinamakan demokrasi ini. Semuanya secara tidak langsung
memperlihatkan wajah sebenar ahli-ahli UMNO.
Laman media sosial sekarang sudah semakin sesak dan sibuk dengan
ahli-ahli UMNO. Mereka yang selama ini menganggap media sosial tidak
memberi impak juga sudah menjadi hamba media sosial dengan meng-update
status mereka hampir setiap jam. Mereka yang sebelum ini hanya berdiam
diri dalam menangkis serangan lawan dalam PRU lalu kini sudah mula
menunjukkan belang dalam berperang dan memfitnah serta memburuk-burukkan
lawannya didalam UMNO. Apakah orang UMNO hanya kuat bila berperang
sesama sendiri, namun jadi pengecut bila berhadapan dengan lawan
sebenar?
Di cawangan-cawangan masih kedengaran kisah cantas-mencantas dan
tikam-menikam. Namun itulah hakikatnya, apabila kita menang maka kita
menganggapnya wajar tetapi apabila kita kalah maka kita menganggapnya
tidak demokratik dan sebagainya. Apakah makna demokrasi hanya apabila
kita menang? ....atau kita juga sama sebagaimana Anu arr dan
pembangkang yang menganggap PRU13 tidak bersih ditempat dimana mereka
kalah?
Ahli Parlimen yang baru telah tewas dalam Persidangan Agung Cawangannya
namun dalam masa sama berhajat bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian.
Ahli Parlimen tidak semestinya Ketua UMNO Bahagian, namun Ketua Bahagian
semestinyalah ahli UMNO yang kuat dan disokong di cawangannya sendiri.
Hanya ahli-ahli di cawangan berkenaanlah yang lebih mengetahui
kebenarannya. Apakah selama ini seseorang itu benar-benar komited kepada
perjuangan UMNO dan cawangannya atau hanya baru-baru ini menyedari
bahawa sudah banyak yang UMNO bantu beliau.
Jika ahli UMNO Jerantut benar-benar sayangkan UMNO sepatutnya semua kerusi-kerusi tidak dipertandingkan kecuali yang dikosongkan. Kenapa Ketua Bahagian mesti ditentang? Kenapa Ketua Wanita mesti dilawan? Yang dikosongkan dan perlukan pengganti adalah Kerusi Ketua Pemuda dan Puteri. Jadi siapa sebenarnya yang gilakan kuasa? Kita tanya diri sendiri dan tanya pencacai dikiri kanan kita juga.
Jika di PRU12 BN Pahang hilang 4 kerusi, manakala di PRU13 BN Pahang
hilang 12 kerusi, tidak mustahil PRU14 nanti UMNO dan BN akan lenyap
jadi kisah dongeng dan sejarah saja jikalau beginilah sikap ahli-ahli
UMNOQ (diulangi UMNOQ). Mungkinkah PAU kali ini adalah kiamat bagi UMNO?
~ ManG
No comments:
Post a Comment