Friday 19 October 2012

MENTERI KEWANGAN TAHU KIRER KE?

Bajet untuk perumahan rakyat semuanya berharga RM1.9 billion..
Saper yang boleh carikan saya Rumah yang dijual sekarang berharga bawah RM25,000 sebuah... kalau x boleh.. sila baca tentang bajet PM kita kat bawah ni. daripada RM251.6 billion
Bajet untuk perumahan rakyat semuanya berharga RM1.9 billion..

1) RM1 Billion diperuntukan kepada PR1MA bagi membina 80ribu buah rumah..rumah yang dimaksudkan ialah rumah apartment kos sederhana dan rumah teres kos sederhana. Ini bermakna sebuah rumah akan dibina hanya dengan kos RM12,500.00 sahaja

2) RM320 Juta diperuntukkan kepada SPNB bagi membina 22,855 buah rumah..Rumah apartment 1,855 & rumah Mesra Rakyat 21000 = 22,855 buah rumah..ini bermakna sebuah rumah akan dibina hanya dengan kos RM14,000.00 sahaja

3) RM543 Juta diperuntukkan kepada Jabatan Perumahan Negara bagi membina 20,454 buah rumah..ini bermakna sebuah rumah akan dibina hanya dengan kos RM26,548.00 sahaja

Jika dirujuk dari angka sebuah rumah ini, saya pasti tuan2 dan puan2 yang tiada ilmu kejuruteraan bina rumah ini pasti tahu bahawa dengan harga begitu amat mustahil untuk membina sebuah rumah yang lengkap...dan untuk makluman tuan puan.. kos lantikkan yang dikeluarkan oleh pihak perolehan kerajaan
utk projek bina rumah harga yang paling rendah di tawarkan kepada kontraktor adalah RM29,300.00. Ini pun harga untuk bina rumah 2 bilik sahaja (Rujuk rumah RISDA)

Jadi bagaimana peruntukkan sebanyak RM12ribu-RM26ribu untuk sebuah rumah ini dapat dibina oleh pihak kontraktor..? adakah rumah ini akan hanya mempunyai 1 bilik sahaja?


Saiful Rahman

No comments:

Post a Comment