Monday 29 October 2012

RAKYAT TAK SABAR GARA-GARA SYED ALBAR !

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Pengangkutan diberi tempoh tiga minggu untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi pemandu teksi dan jika gagal, satu himpunan di ibu negara akan diadakan sebagai tanda bantahan kepada kerajaan.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh rakyat pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka jika Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas.

“Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau juga meminta masyarakat tidak meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada pemandu teksi yang menjadi mangsa pengurusan industri teksi.

Dalam pada itu, pemandu teksi, Manoharan mengecam akhbar The Star kerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya.

“Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?” soalnya.

Pengurusan terburuk di dunia

Amran menyifatkan, ‘anugerah’ pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia.

“Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal industri teksi.

“Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industri
teksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah,” katanya.

Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah.

“Kami diberi alasan lapuk seperti ‘sedang kaji’, ‘akan dipertimbangkan’ atau ‘akan diambil tindakan’…Akhirnya masalah
berterusan dan nasib kami masih tetap begini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menulis surat untuk mengatur pertemuan antara BBPTB dengan Menteri Pengangkutan.

Antara yang turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).

Awal bulan lalu, kira-kira 250 pemandu teksi mogok di hadapan kompleks beli belah Pavilion di ibu negara sebagai tanda protes terhadap perkhidmatan bas percuma Go KL yang sedikit sebanyak ‘membunuh’ mata pencarian mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38569

Posted by Keadilan Daily on Oct 29 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
Berita Berkaitan

    Sistem kupon: Kerajaan aniaya pemandu teksi
    Permit teksi: Kalau Syed Hamid tak boleh buat, jangan bantah – Anwar
    TEKSI protes tiap Sabtu sampai k’jaan beri permit individu
    Pakatan tawar permit teksi, bukan sekadar 4 tayar – Anwar
    Permit kepada pemandu teksi jika Pakatan tadbir Putrajaya
    Pemandu teksi sambut baik hasrat Pakatan
    Kami mahu permit, bukan tayar- Pemandu teksi
    Pimpinan Umno tak pernah puas rompak harta rakyat – Anwar
    Umno BN pentingkan keuntungan dalam pengangkutan awam
    Kekerapan kemalangan ngeri jejas pelancongan

    NASIONAL
    KENYATAAN MEDIA
    AKTIVITI & CERAMAH
    RENCANA
    RISALAH KEADILAN
    BUKU JINGGA

  

No comments:

Post a Comment