ADUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.
Rashid
menggantikan bekas TKM I, Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR
negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam
pilihan raya umum Ahad ini.
Rashid adalah seorang ahli lama PKR
sejak zaman reformasi dan penglibatannya sebelum ini dalam Jemaah Islaah
Malaysia akan membantu kerajaan yang diterajui DAP menangkis tentangan
dari NGO yang pro-Umno, yang cenderung mengkritik kepimpinan kerana
kurang perwakilan Melayu atau Islam.
Beliau telah membuktikan kemampuan untuk mengekalkan
kerusinya
di Perai itu dengan majoriti yang lebih tinggi daripada 2008 (dari
5,176 kepada 7,959). Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.
Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.
PKR
telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam
pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.
PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.
PKR
sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik
dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan
industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo
Kiang).
Abdul Malik (kanan) dikekalkan dalam jawatan tersebut.
ADUN
Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon
Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.
Portfolio
ini sangat penting kerana isu-isu perumahan telah menarik perhatian
dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dijangka menjadi cabaran yang
lebih besar kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji-janji
pilihan raya untuk menyediakan rumah kos sederhana dan mampu milik untuk
rakyat.
Senarai ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di Dewan Sri Penang hari ini ialah:
1.
Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat
dan Warisan - Ketua Menteri, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan ADUN Air
Putih) - sedia ada.
2. Pembangunan Industri, Perdagangan
Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan - Timbalan
Ketua Menteri 1, Rashid Hasnor (Pantai Jerejak) - baru.
3.
Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains,
Teknologi dan Inovasi - Timbalan Ketua Menteri 11, P Ramasamy (Perai) -
sedia ada.
4. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik - Chow Kon Yeow (Padang Kota) - sedia ada.
5. Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan - Lim Hock Seng (Bagan Lalang).
6. Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Abdul Malik Kassim (Batu Maung) - sedia ada.
7.
Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar
dan Tebatan Banjir - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) - baru.
8. Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Danny Law Heng Kiang (Batu Lanchang).
9. Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar - Phee Boon Poh (Sungai Puyu).
10. Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan - Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).
11. Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chong Eng (Padang Lalang) - baru.
No comments:
Post a Comment