Kita tidak tahu apakah yang dikatakan kabinet Najib itu sebagai kabinet seimbang gabungan antara yang baru dan lama.
Jika begitu, penulis boleh setuju. Akan tetapi ia sangat bahawa kabinet Najib tidak seimbang. Kenapa? Kerana 7 menteri dari Sarawak dan 6 dari Sabah yang akan mencipta permasalahan. Percayalah.
Pada penulis, pelantikan Idris Jusoh
sebagai menteri Pelajaran dan pengajian tinggi II sangat tidak kena.
Kenapa? Bayangkan seorang menteri pelajaran dan pengajian yang tiada
dengan dunia pendidikan tanahair.
Buktinya,
ketika menjadi menteri besar Terengganu (2004) Kolej Sultan Zainal
Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu di jual.
KUSZA
di jual kepada kerajaan pusat untuk dijadikan university Darul Iman
(UDM) dan tidak pernah mendapat restu daripada Al Sultan Terengganu.
Kolej
Yayasan Terengganu di jual kepada UITM untuk dijadikan UITM cawangan
Cendering Kuala Terengganu dengan alasan konon boleh menyelamatkan RM 70
juta wang rakyat.
Penulis sangat bimbang
suatu masa nanti aka nada beberapa buah universiti milik penuh kerajaan
akan dijualkan kepada pihak swasta.
Adalah tidak mustahil akan di perlakukan demikian dengan alasan yang sama sepertimana yang berlaku di negeri Terengganu.
Idris
Jusoh merupakan seorang pengamal politik dendam yang tidak boleh di
nafikan lagi, kerana semasa menjadi menteri Terengganu LOT LOT tanah
yang diluluskan oleh kerajaan PAS negeri kaya rakyat miskin dirampas
balik, hatta yang sudah dibayar premiumnya.
Ramai
guru guru jadi mangsa tukar 24 jam memisahkan anak Isteri. Ada yang
ditukarkan ke Sabah Sarawak kerana mereka tidak menyokong umno.
Penulis
bimbang perkara yang sama akan berlaku, kerana menterinya salah seorang
pengamal politik dendam yang melampau dan jelas bercanggah dengan
tranformasi pendidikan tanahair yang telah digariskan oleh perdana
menteri yang paling rendah sokongan rakyat pada PRU 13 lepas berbanding
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
No comments:
Post a Comment