Sharpshooter
menyeru kepada semua pengundi yang tertipu dengan SPR tentang dakwat
kekal supaya segera membuat laporan polis..contoh laporan polis seperti
di bawah
Saya ____________________________, kad pengenalan bernombor
_____________________________ ingin membuat laporan polis berkenaan
insiden yang berlaku di pusat pengundian semasa saya keluar mengundi.
Pada 05/05/2013, jam lebih kurang pukul _________, saya telah keluar mengundi di ____________________.
Setelah pegawai SPR menyemak dah mengesahkan identiti saya, mereka
telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis
mengundi, saya pergi ke bilik air untuk membasuh tangan.
Saya difahamkan bahawa dakwat kekal itu sepatutnya tidak luntur untuk jangka masa 5 hari.
Walau bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati dakwat yang
didakwa kekal luntur sepenuhnya. Saya percaya dengan pengunaan dakwat
yang boleh luntur ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak
bertangungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan
dalam proses undian.
Saya juga percaya bahawa kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya.
Perkara ini adalah amat serius dan harus disiasat dengan serta merta. Sekian laporan saya.
Selepas membuat laporan polis sila serahkan salinan kepada mana-mana
pejabat Parti Pakatan Rakyat yang berhampiran samada Parti Keadilan
Rakyat, PAS atau DAP...sasaran kita 100,000 laporan polis..lawan tetap
lawan
No comments:
Post a Comment