Satu himpunan lebih besar akan
diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan
dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa,
Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di
di sini petang ini.
“Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk
meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan
berhadapan dengan kemarahan rakyat.
“Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita
dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di
negara ini,” kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.
Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka
menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya
tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai ‘pengadil’.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.
“Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti
undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat,” kata pemimpin
mahasiswa, Safwan Anang.
Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan,
beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi
menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.
Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu,
11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang
(14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).
Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. -KD
No comments:
Post a Comment