Friday 28 June 2013

AKHIRNYA BARULAH DAPAT PENGARAH KEMAS YANG BARU !

Komen : Umur dah 60 tahun jadi Pengarah Kemas? Nasib baik dilantik jadi speaker tak kiralah samada UMNO Perlis dah takder calon sesuai. Yang penting dapat juga KEMAS pengganti pengarah yang baru. 
 
KANGAR - Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis, 
Hamdan Bahari hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis yang baru.
    
Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu di dewan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis selepas pelantikannya dicadangkan Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan disokong anggota Exco Kerajaan Negeri, Sabry Ahmad.
   
Hamdan, 60, menjadi pengarah Kemas Perlis selama tujuh tahun dan sebelum itu pernah berkhidmat kira-kira 30 tahun sebagai guru termasuk selama 14 tahun sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Menengah Jabatan Pendidikan Perlis.
    
Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan memegang jawatan itu selama kira-kira dua tahun sebelum mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis menggantikan Datuk Yazid Mat.    

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hamdan yang lebih dikenali sebagai "Cikgu Hamdan" berazam akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin walaupun ia penuh cabaran.
   
Beliau juga berharap kesemua anggota dewan undangan negeri dapat memberi sumbangan yang terbaik untuk memajukan negeri melalui tanggungjawab masing-masing.
    
Pada majlis itu, kesemua 15 anggota dewan undangan negeri (Adun) Perlis termasuk dua anggota pembangkang mengangkat sumpah sebagai anggota dewan di hadapan Hamdan.
    
Majlis angkat sumpah itu bermula dengan Azlan yang juga Adun kawasan Pauh.    

Sementara itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dijadual merasmikan mesyuarat pertama, penggal persidangan pertama dewan undangan negeri yang ke-13 pada 1 Julai manakala persidangan akan berlangsung pada 2 dan 3 Julai. - Bernama

No comments:

Post a Comment