Wednesday, 12 June 2013
UMNO MOHON BATAL DI KESAL !
KUALA LUMPUR 12 Jun -
Permohonan UMNO untuk membatalkan pembelaan Naib Presiden PKR, Tian
Chua dan dua lagi individu kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan
pencerobohan di Lahad Datu,Sabah akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 3 Julai ini.
Saman itu sebelum ini difailkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab.
Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu terhadap Tian Chua, Editor Portal, Fazallah
Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.
Ab. Rauf memohon supaya pembelaan Tian Chua dan dua lagi individu
dibatalkan atas alasan mereka memberikan pembelaan yang tidak berasas,
tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop selepas mendengar hujahan
peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO dan peguam William
Leong yang mewakili Tian Chua dan dua lagi di kamar beliau.Dalam
pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan
kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu
konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh
KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal
itu.
Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa
Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional
menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu
menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain dakwa Umno
adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Sulu di Lahad
Datu, Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment