HIMPUNAN 15HB DITUNDA KEPADA 22HB JUN, PENGERUSI, TIMBALAN SPR WAJIB UNDUR
HIMPUNAN 505 pada 15 Jun ini ditunda khabarnya kepada tarikh baru iaitu
22hb Jun nanti. Himpunan tersebut berakhir dengan perkhemahan di Padang
Merbuk, KL sehingga tarikh 24hb Jun iaitu tarikh MP angkat sumpah di
Parlimen.
Diberitakan beratus-ratus khemah akan disediakan untuk mereka yang ingin
'berpiknik' pada tarikh tersebut sementara menantu dua tiga ekor hantu
dalam SPR itu meletakkan jawatan. SPR tidak ada alasan lain lagi,
ternyata mereka gagal membuat tugas paling mudah iaitu 'dakwat kekal' .
Jika dalam bab dakwat pun SPR tidak boleh nak urus, pelik apanya
bab-bab lain berbentuk teknikal yang lebih menyulitkan?
Tidak usahlah SPR 'masuk bakul angkat sendiri' kononnya SPR cekap. 50
petisyen dari pihak Umno/Bn dan lebih kurang 30 petisyen dari PR sudah
cukup untuk menunjukkan betapa teruknya SPR buat kerja. Satu sejarah di
dalam negara bila Umno/Bn turut tidak puas hati dengan kerja-kerja SPR.
Alasan kononnya PR sengaja mencari alasan atas kekalahan terbukti salah
di mana bukti jelas menunjukkan Umno/Bn lebih tidak berpuas hati dengan
SPR.
Tiada alasan lagi. Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib letak jawatan.
Jangan sampai kamu makan gaji buta untuk menyara keluarga kamu. Khidmat
kamu tidak lagi diperlukan kerana menyusahkan semua orang samada di
pihak Umno/Bn mahu pun Pembangkang.
No comments:
Post a Comment