LAPORAN Fariz Musa
1.Saya Fariz Musa adalah calon PKR yang bertanding
dikawasan Parlimen P085-Pekan menentang calon Barisan Nasional ,YAB Dato
Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak dalam PRU ke-13 yang lalu.
2.Beberapa
hari yang lalu saya telah membaca satu laporan dalam Freemalaysiatoday
(FMT) bertarikh 17.6.2013 diatas tajuk "Usulkan undi tidak percaya
terhadap Najib".
Laporan ini adalah berdasarkan surat terbuka oleh
bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Kuala Lumpur yang ditujukan kepada
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut
disalinkan kepada Ketua Setia Usaha Negara,Peguam Negara dan Ketua Polis
Negara.
3.Perkara utama dalam laporan berkenaan yang ingin saya
bangkitkan ialah maklumat berkaitan DS Najib telah membuat
affidavit-affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang difailkan
dalam Mahkamah, yang membicarakan kes liwat yang sekarang berada
diperingkat rayuan.
4.Susulan dari itu saya telah mendapatkan
salinan affidavit-affidavit berkenaan daripada Peguam PKR untuk semakan.
Saya memandang berat perkara ini kerana setahu saya, membuat affidavit
palsu adalah kesalahan jenayah yang serius dan sama dengan kesalahan
memberi keterangan palsu di-mahkamah.
5.Saya mendapati dalam
kedua-dua affidavit berkenaan, DS Najib telah membuat kenyataan secara
bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai Najib bin Tun Hj.Abdul
Razak. Isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor juga, ada membuat
affidavit pada 21.9.2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama
penuh suami beliau, ialah Najib dan bukan Mohd.Najib seperti yang saya
sangka selama ini.
6.Bagaimanapun, pada hari penamaan calon pada
20.4.2013, DS Najib telah mendaftarkan nama penuh beliau sebagai
Mohd.Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus bagi kawasan Parlimen
Pekan. Nama yang DS Najib berikan dalam borang penamaan calon itu adalah
bercanggah dengan nama yang beliau ikrarkan dalam affidavit beliau dan
isteri beliau.
7.Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi
SPR sendiri telah mengetahui akan perkara ini, sebelum hari penamaan
calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar DS Najib,
akan berlaku pada hari tersebut.Ini berikutan surat terbuka bekas Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur kepada Pengerusi SPR sendiri,
memaklumkan akan kemungkinan percanggahan tersebut akan berlaku di-hari
penamaan calon tersebut.
Rencana FMT bertajuk "Pencalonan Najib
dalam PRU13 ditolak?" bertarikh 15.4.2013 iaitu lebih kurang 5 hari
sebelum hari penamaan calon berkaitan maklumat kepada Pengerusi SPR itu,
disertakan sebagai lampiran kepada laporan ini.
8.Sekiranya DS
Najib atau Pegawai Pengurus SPR telah memaklumkan kepada saya atau wakil
calon berkaitan percanggahan nama DS Najib dalam affidavit dan borang
pencalonan beliau itu,maka sudah pasti saya akan membuat sesuatu
bantahan dan akan meminta mereka merujukkan perkara tersebut ke-mahkamah
dimana affidavit-affidavit berkenaan difailkan.
9.Memandangkan
maklumat yang penting ini disorokkan daripada makluman saya atau wakil
saya dihari penamaan calon tersebut, maka saya telah dinafikan untuk
melakukan sesuatu bantahan yang pasti akan saya buat jika telah
diberitahu akan maklumat ini.
Malahan saya akan membuat laporan polis terhadap DS Najib kerana membuat affidavit palsu seperti yang saya lakukan sekarang ini.
10.Saya
membuat laporan polis ini adalah untuk menggesa pihak polis menyiasat
Dato Seri Najib kerana dikatakan telah membuat affidavit palsu dalam
perbicaraan kes liwat dan tindakan beliau menyorokkan yang beliau telah
mengikrarkan affidavit dengan menggunakan nama yang berlainan dengan
nama yang beliau berikan ketika mengisi borang pencalonan pada
20.4.2013.
Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu.
Tujuan
saya membuat laporan ini juga, untuk menggesa pihak polis menyiasat
tindakan Pengerusi SPR kerana perbuatan bersubahat dengan DS Najib
menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan affidavit palsu
dan pencanggahan antara nama dalam affidavit dan nama dalam borang
pencalonan, daripada pengetahuan calon lain yang akan bertanding dan
pengundi-pengundi kawasan Parlimen Pekan khasnya.
11. Bersama-sama laporan ini,saya sertakan dokumen-dokumen bukti seperti berikut;
a) Affidavit-affidavit DS Najib ikrarkan pada 21 dan 23.09.2011.
b) Affidavit Datin Seri Rosmah Mansor diikrarkan pada 21.09.2011.
c) Rencana FMT bertajuk: "Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib." bertarikh 17.06. 2013.
d) Rencana FMT bertajuk: "Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?" bertarikh 15.04.2013.
Sekian laporan saya.
No comments:
Post a Comment