Thursday 25 April 2013

DEMI RAKYAT (NIAT KERANA ALLAH)

 Walaupun tanpa disuruh tapi patuh demi rakyat demi memperjuangkan rakyat yang teruk dilanyak BN secara senyap ,petugas2 JDM Bukit Sentosa 6-12 terus bertugas walau di pagi yang hening walau ada agas .



Kemunculan Tan Sri Muhamad b Muhd Taib amat membantu dan semuga calon Parlimen P094 an calon DUN N07 ini dapat memenangi hati rakyat terutama pengundi di tempat masing-masing begitu juga calon PAS DUN N05 Hulu Bernam dan Calon DAP DUN N06 Kuala Kubu agar Hulu Selangor dapat dibebaskan dari kekangan BN yang rakus tapi meniskus (bila berhadapan secara telus dalam Pilihan Raya)

Wednesday 17 April 2013

GARA2 BN HANCUR , SEORANG CALUN DAH TARIK DIRI ?

Belum pun sampai tarikh penamaan calon 20 April ini, Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi khabar buruk, kali ini dari Melaka pula.

Maklumat terbaru yang dipetik dari sumber Umno mengesahkan bahawa seorang calon Umno yang diletakkan untuk bertanding kerusi DUN sudah MENARIK DIRI!

Calon Umno yang dimaksudkan adalah Ab Karim Sulaiman yang akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara dalam parlimen Masjid Tanah.

Menurut sumber, Ab Karim tidak akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya selama dua penggal atas sebab-sebab tertentu yang masih belum diumumkan.

Dipercayai ia berkaitan dengan masalah kesihatan selain mahu menumpukan kepada perniagaan yang dibinanya selama ini.

Mesyuarat BN sedang berlangsung di kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara dan BEKAS ketua menteri, Ali Rustam yang bertanggungjawab sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri nampaknya tidak meneliti terlebih dahulu faktor penting seperti kesihatan sebelum menyenaraikan calon kali ini.

Iyalah, bukan setakat kewangan dan populariti yang diutamakan tetapi faktor kesihatan dan tidak muflis juga mesti diambil kira dan Umno negeri semakin tergugat dengan perkembangan terbaru ini.

Ini sekaligus membuktikan transformasi yang kononnya dibawa BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya BOHONG belaka!

Tuesday 16 April 2013

5 CALON BN SELANGOR GUNA IJAZAH BELI !

Kohilan dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 April — DAP mempersoalkan integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor selepas menuduh mereka, termasuk seorang timbalan menteri, “membeli” kelulusan pengajian tertinggi.

Ahli strategi pilihan raya parti pembangkang itu Ong Kian Ming menamakan Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.

“Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan  integriti mereka dipersoalkan.

“Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, kata Ong dan menambah ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.

Ong menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.

Beliau mengingatkan mereka, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengatakan integriti senarai calon BN telah disahkan dan agak mengecewakan jika terbukti mereka mempunyai ijazah palsu untuk meningkatkan peluang dipilih sebagai calon.

Kohilan yang menjadi calon BN di kerusi parlimen Puchong dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Teh, 62, calon bagi kerusi parlimen Klang, dituduh membeli Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University, yang Ong dakwa sebagai universiti diragui dan telah mengeluarkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada penyandang Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ab Wahad dari Umno, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan telah disenaraikan mempunyai PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation pada 2008 sebagai palsu, kata Ong.

Sementara calon DUN Pandamaran, Ching mendapat PhD dalam Rangkaian Pemasaran dari universiti diragui St George University International manakala calon BN Kajang, Lee dituduh membeli ijazah pentadbiran perniagaannya dari Universiti Rutherford di AS.

ASALKAN TIDAK BAHAYA, BUAYA DAN KAMBING IRANG !


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melantik Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, untuk tempoh dua tahun, mulai hari ini, menggantikan Tan Sri Azlan Zainol.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata Shahril menyertai KWSP pada 1 Dis, 2009 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pelaburan dan bertanggungjawab terhadap strategi dan polisi KWSP.

"Bersama Azlan, beliau telah memperkukuhkan pelaburan di luar negara sebagai strategi diversifikasi jangka panjang KWSP, daripada 5.96 peratus jumlah aset pelaburan (atau RM22.39 bilion) pada 2009 kepada 17.21 peratus (atau RM85.70 bilion) kini," katanya.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan bertanggungjawab memajukan KL Sentral menjadi salah sebuah pusat perdagangan utama di Malaysia.


Sunday 14 April 2013

CALON KEADILAN DUN SELANGOR, HANCUR UMNO


Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.
Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).
Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) manakala Khalid Jaafar di Hulu Selangor.
Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah.....lagi
Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan Yahya Sahari (Permatang).
Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).
Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke DUN Bukit Malawati.
Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.KD

Friday 12 April 2013

PENJELASAN RAFIZI BERAPI DAN TERAPI !


Komen : Penjelasan Rafizi berapi bagi pemfitnah dan penuduh beliau dan terapi kepada yang ada fikiran terbuka dan mahu melihat dan mendengar kebenaran di bumi Malaysian ini.
Akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.
Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.
Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.
Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.
Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS.
Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah.
Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai.
Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi.
Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja,  kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir.
Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap.
Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai.
Apabila Dato’ Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN.
Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN.
Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS.
Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan.


Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan.
Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu.
Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009. Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Dato’ Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis.
Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Dato’ Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik.
Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat.
Susulan dari pertemuan itu, Dato’ Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak. Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa “kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh”, saya akur untuk membantu parti.
Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya. Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari.
Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama.
Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik.
Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi  ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu.
Saya harap keterangan ini jelas.
Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya.
Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

LIHATLAH FAKTA UMNO TENTU MALU !


<iframe width="440" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/8-NTdUKHbWI?feature=player_detailpage" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

- Selepas tsunami politik 2008, Umno mula bercakap soal melayu, Islam. Rakyat ditakut-takutkan untuk membuat perubahan. Jika PR menguasai Putrajaya, Umno mencanangkan kepada orang melayu bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun kempen Umno-BN tidak konsisten. Di hadapan orang cina pula Umno mengatakan jika PR menang, PAS akan jadi Perdana Menteri dan laksanakan hudud. Mana satu yang betul?

Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang) membentangkan hasil kajian perbandingan komposisi perwakilan melayu dan bukan melayu antara PR dan BN. Kajian tersebut menunjukkan PR meletakkan lebih ramai calon melayu berbanding Umno-BN. Juga ditunjukkan, kemenangan PR di beberapa buah kerusi telah berjaya meningkatkan jumlah ahli parlimen melayu kerana mereka telah mengalahkan calon-calon bukan melayu dari BN.

Menekuni perbandingan-perbandingan ini, mudah sahaja untuk difahami bahawa dakwaan Umno jika PR menang DAP akan jadi Perdana Menteri adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

****
Siri video ini dirakamkan di Program Ceramah Umum yang diadakan di Pusat Khidmat Umum PAS Cawangan Felda Tementi, Bera pada 26 Disember 2012 lalu.

Wednesday 10 April 2013

JENG-JENG-JENG CALON-CALONNYA ADALAH 14 APRL !


KUALA LUMPUR 11 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Selangor pada Ahad, 14 April dalam siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
Pengumuman akan dibuat pada ceramah itu yang berlangsung di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 8.30 malam hingga 12 malam.
Selain Ketua Umum, pemimpin Pakatan Rakyat yang turut sama berceramah ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.
Selain itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Sri Andalas, Xavier Jayakumar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49972

Monday 8 April 2013

SENARAI CALON SELANGOR?

Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - (PAS - belum diperolehi)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan)
P 095 - Tanjong Karang - (PAS - belum diperolehi)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - (PAS - belum diperolehi)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 113 - Sepang - (PAS - belum diperolehi)

Tuesday 2 April 2013

JAHATNYA SPR DI TAMAN MEDAN !

PETALING JAYA 2 APRIL : Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha mendakwa terdapat beribu pengundi di Dun beliau yang ditukarkan lokaliti mengundi tanpa pengetahuan mereka.
Pengundi tersebut seperti suri rumah Samsiah Ariffin, 59, yang berdaftar di Taman Medan sebagai pengundi dan yang mempunyai alamat kad pengenalan di Taman Medan.
Akan tetapi selepas menyemak butiran di portal Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), baru-baru ini, Samsiah diberitahu yang dia telah ditukarkan sebagai mengundi di kawasan Dun Seri Setia.
Menurut Haniza, perbuatan menukar tempat mengundi tanpa pengetahuan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu.
“SPR perlu bertanggungjawab membersihkan daftar pemilih. Ini menunjukkan ketidakupayaan SPR untuk menjalakan kerja secara adil,” katanya dalam sidang media di Pejabat PKR negeri, di sini.
Haniza menganggarkan sebanyak 4,000 nama dikeluarkan dari Dun Taman Medan dan digantikan dengan nama baru.
“Kita akan menyiasat perkara ini dengan lebih jelas dan pihak kami tidak akan berdiam diri,” katanya.
Sehubungan itu, Haniza akan membawa kes terbabit ke pengetahuan SPR beserta laporan polis dalam tempoh terdekat ini.
Pada PRU12, Haniza memenangi kerusi Taman Medan dengan menewaskan calon Umno-BN, Munaliza Hamzah dengan majoriti 4,433 undi.