Tuesday 29 January 2013

Pakatan Rakyat Hulu Selangor mengorak langkah

Tanggal 26hb Januari telah berlangsung dengan jayanya satu ceramah Pakatan Rakyat di Bukit Sentosa. Ini adalah ceramah ke-2 anjuran PROZONE & JDM Bukit Sentosa6-12 dalam siri program di bawah Parlimen Hulu Selangor bagi membantu Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

 Saf pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor menyampaikan ceramah penerangan

Pimpinan peringkat DUN & Parlimen yang mewakili parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai penceramah utama.

 Urusetia & sebahagian petugas yang menjayakan program bersama pemimpin
(gambar dari fb berita hulu selangor

 Sekitar berlangsungnya ceramah, anggaran kehadiran seramai 2-3 ribu orang
(gambar dari fb man gandum)

Majlis diserikan dengan acara penyerahan panji-panji kepada wakil setiap parti  Pakatan Rakyat sebagai simbolik pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Hulu Selangor, nyanyian lagu Negaraku serta lagu parti masing-masing. Majlis diakhiri dengan tembakan 'bungapi kertas' oleh para penceramah disambut oleh laungan 'takbir, hidup rakyat & reformasi'.
(video dari blog negara berkebajikan)

Monday 21 January 2013

WANITA PKR YANG HEBAT, PENYELEWENG DISEKAT





SHAH ALAM, 21 Jan — Ketua Wanita PKR  Zuraida Kamaruddin hari mengetuai lawatan ke tapak tanah milik syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah yang telah dibeli Boustead Holdings Bhd, anak syarikat pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTATS) bernilai RM130 juta serta menggesa Ketua Wanita Umno Selangor tersebut memberikan penjelasan.

Zuraida: “Kes Raja Roopiah ini sama dengan Shahrizat dalam skandal NFC.”
Zuraida yang ditemui di Bukit Raja mendakwa Raja Roopiah memperoleh keuntungan yang tidak munasabah hasil daripada penjualan tanah tersebut di Bukit Raja seperti yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini.

“Dibelakang ini adalah tanah milik Raja Roopiah yang mana telah dibeli oleh Boustead,” kata Zuraida.

“Wanita PKR mahu beliau selaku Ketua Wanita Umno Selangor tampil menjelaskan bagaimana tanah tersebut yang sepatutnya dibangunkan oleh Awan Mega milik beliau tidak dibangunkan, kemudiaannya dibeli semula oleh LTAT.”

Menurut Zuraida lagi, pembelian LTAT ke atas tanah milik Raja Roopiah bermotifkan politik dan mendakwa ia bertujuan menyelamatkan Raja Roopiah daripada pendedahan yang lebih banyak oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

“Kes Raja Roopiah ini sama dengan Shahrizat dalam skandal NFC,” tambah beliau.

“Tujuan pembelian tanah ini adalah bagi menutup pendedahan yang lebih banyak lagi melibatkan Raja Roopiah ini.”

Pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.

Namun, Disember tahun lalu Boustead  telah membeli 80 peratus saham Astacanggih bernilai RM30 juta dan tanah Bukit Raja dari Awan Megah bernilai RM130 juta, dengan berkata ia membawa keuntungan.

Sebelum ini juga, Rafizi mendakwa keputusan LTAT membeli tanah di Bukit Raja tersebut berasaskan pertimbangan komersial.

Kontroversi melibatkan tanah di Bukit Raja terbongkar selepas pendedahan Deepak dan tindakannya menyaman Putrajaya kerana didakwa melanggar perjanjian tetapi kemudiaannya telah ditarik balik.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Astacanggih (milik Deepak) mendakwa Awan Megah bersetuju dengan syarikat tersebut bahawa Kerajaan dan Syarikat Tanah dan Harta bersetuju untuk memindahkan tanah di Bukit Raja kepada Cebur Megah.

Beliau turut membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator tersebut.

Tuesday 15 January 2013

LALUAN DSAI DI SELANGOR


1) 2.00–5.00 ptg – “Meet Anwar” – Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Oriental Crystal Hotel, Kajang

2) 7.00-10.00 mlm – “DAP Fund Raising Dinner” – Petaling Jaya Utara

Lokasi: Stadium Hoki Petaling Jaya, Jalan Selangor, Petaling Jaya

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Tapak Pasar Malam PJS 2D, Taman Medan, Petaling Jaya

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi : Tapak Pasar Tani, Seksyen 17, Syah Alam

5) Barisan Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Rodziah Ismail

iv. YB Tony Pua Kiam Wee

v. YB Khalid Samad

vi. YB Lee Hoy Seang

vii. YB Dato’ Teng Chang Kim

viii. YBhg Razifi Ramli

ix. YBhg Siti Aisyah Shaik Ismail

KONTIGEN JDM BUKIT SENTOSA 2 DI KL 112

Kontinjen Pemuda Pakatan Rakyat Bukit Sentosa 2 dari kumpulan JDM Bukit Sentosa6-12 pimpinan Tn Nazar Yakin.

DEKLARASI 10 PERKARA SEBELUM PILIHANRAYA !


Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut:

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas;

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka;

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia;

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum;

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan;

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia;

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan;

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi.



*** Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengetuai pengisytiharan deklarasi itu diikuti puluhan ribu rakyat di Stadium Merdeka

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43180

Monday 14 January 2013

TUJUH RATUS RIBU ?!? ALLAHHUAKBAR KE PUTRAJAYA SEMUA

<iframe width="440" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/hlrugUJ-GFQ?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.


Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.

Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan./KeadilanDaily

Friday 4 January 2013

MUFTI JOHOR MINTA MAAF, KUBOR PUNYA PASAL?

PENGERANG: Majlis Amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (Rapid) kawasan Pengerang telah diadakan di Kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang semalam.

Kehadiran Mufti Negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang dilantik.



Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur Islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri.



Haji Hasnul Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di Kampung Jawa dan di Kampung Sebong.


Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.


Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah ditetapkan Mufti Negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia.



Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat Islam.


Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam sama ada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris.



Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam.



Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang dilantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.

Di samping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.



Pihak pelaksana juga diminta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah diturap jalan tar.



Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan dibuat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.



Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur ditangguhkan sehingga segala permasalahan selesai.



Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.