Thursday 27 September 2012

BUKTI KERJA SEMBERONO KRONI UMNO


 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional.
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;

    1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;  selanjutnya layari alamat berikut:-
http://chegubard.blogspot.com/2012/09/penipuan-pilihanraya-semakin-parah-samm.html

Tuesday 25 September 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKR CABANG HULU SELANGOR

 Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan PKR Cabang Hulu Selangor berjalan lancar di Dewan Hamid BtangKali yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah.pada 22 September 2012








Thursday 20 September 2012

PROGRAM SUMBANGAN EIDULFITRI 9 SEPTEMBER 2012


                                         Pak Khalid menghulur sumbangan beras kepada pengundi yang kesusahan
                                         Ahli Majlis Zon Bukit Sentosa Sdr Naza sudi menghulur sumbangan berupa                                                    barangan makanan penting kepada pengundi yang diberi keutamaan
                                         Kelihatan Ketua JDM Bkt Sentosa 6-12 Sdr Rozain
                                        dan Ahli Majlis Pn Mai turut bersama sebagai orang penting
                                         dalam program tersebut.