Tuesday 12 November 2013

DASYATNYA KOS PERUNDING SWASTA MACAM PESTA !

PKR tuntut penjelasan 7.2 bilion kos perunding swasta

Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.

"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.

Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.

"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya. - TMI

MISTERI LULUS DAFTAR BUKU BANK, BENG! BENG!

INILAH WAJAH SEBENAR PEMILIK MYKAD "ANGGOTA RELA" YANG DI GUNAKAN OLEH PENDATANG ASING!!!



Heboh gegak gempita satu dunia individu berstatus pendatang tanpa izin, PATI, warga Indonesia, Arshanikum Endeyn, layak menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan dengan menggunakan MyKad palsu kepunyaan individu bernama Hamdan bin Hamid.

Difahamkan, pemilik MyKad disalahgunakan itu beralamat di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah. Jadi tidak hairan jika dia tidak pernah bertugas dan menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kini ternyata, RELA telah dikelirukan oleh pengawal keselamatan pemilik MyKad palsu, Arshanikum Endeyn.

Sebelum ini kita di gemparkan dengan pembongkaran, pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi AmBank di Subang Jaya, Selangor,  Laode Ardina Laode Rasila, 35 tahun, memaparkan di laman facebooknya, dia mempunyai akaun bank di Malaysia.

Dalam terma perbankan, Mykad dikenali sebagai Government Multi Purpose Card, GMPC.

Pada tahun 2007, Bank Negara telah mengarahkan semua institusi perbankan di Malaysia menggunakan biometric scanner atau pengimbas cap jari untuk setiap individu ingin membuka akaun bank.

Tujuannya untuk memastikan individu membawa MyKad terbabit, pemilik sebenar dokumen itu.

Justeru, rakyat menjadi keliru  bagaimanakah Laode Ardina, pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai operasi AmBank Subang dan merompak RM450,000 disahkan menggunakan MyKad PALSU terlepas daripada melalui proses pengimbasan cap jari di bank sehingga melayakkan dia membuka akaun simpanan?

Dimana silapnya .. Dan siapa harus dipersalahkan dan menerima tanggung jawab akan kesilapan yang amat memalukan ini!!!!!

Friday 8 November 2013

HEBAT ! SELANGOR YANG PERTAMA

Selangor negeri pertama lulus lesen burung walit

SHAH ALAM 8 NOV : Selangor muncul negeri pertama meluluskan pemberian lesen industri penternakan dan perusahaan sarang burung walit melalui tawaran pakej insentif yang adil kepada penternak serta pengusaha sedia ada, berkuatkuasa 1 Januari 2014.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata pelaksanaan dasar itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengadakan sesi dialog bersama persatuan dan pengusaha industri berkenaan, pada 25 September lalu.
Katanya, pelaksanaan terbabit akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Undang-undang Kecil Penternakan  burung Walit dan Perusahaan Sarang Burung Walit 2013 di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.
“Dalam proses pertimbangan, kerajaan negeri mengambil kira beberapa faktor termasuk kepentingan dan masalah pengusaha, selain kepentingan orang ramai dari segi kebersihan, wabak penyakit, pencemaran bunyi, kesan negatif terhadap nilai hartanah serta pembinaan bandar yang selesa,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Teng turut menjelaskan beberapa perkara utama berkenaan pelaksanaan dasar perlesenan itu yang harus dipatuhi penternak dan pengusaha burung walit seperti yang diputuskan MMKN.
“Semua penternak dan pengusaha di tanah pertanian akan diberikan lesen, mulai 1 Januari 2014. Penternak dan pengusaha sedia ada di premis perniagaan menerima lesen dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016, manakala penternak serta pengusaha di sawah padi pula akan diberikan lesen dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2020.
“Bagi penternak dan pengusaha di premis perniagaan serta sawah padi, mereka akan diberikan insentif iaitu fi lesen, cukai tanah serta cukai pintu percuma selama lima tahun di tapak baru, jika memindahkan operasi penternakan burung walit ke tanah pertanian di tempat sedia ada dalam tempoh lesen diberikan,” katanya.
Chang Kim berkata, pemberian lesen adalah tertakluk kepada syarat- yang diperuntukkan di bawah undang-undang kecil berkenaan dan semua pengusaha serta penternak perlu mengemukakan permohonan lesen, selewat-lewatnya 31 Disember ini.
“Permohonan lesen untuk operasi di premis perniagaan dan sawah padi, sama ada sedia ada atau yang baru tidak akan dipertimbangkan selepas 31 Disember ini dan segala permohonan perlu dikemukakan kepada PBT berkenaan.
“Kita berharap dengan pemberian lesen ini, penternakan dan perusahaan sarang burung walit di Selangor akan berkembang dengan teratur, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri,” katanya.
-NFN