Monday 29 July 2013

BELUM WARGA EMAS DAN DAPAT CEPUMAS !

 Ketua JDM Bkt Sentosa 6-12 dan Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 dan Ahli Majlis Pn Kamaliya dan pengiringnya hadir di Program Jom Shopping warga Selangor berumur 50-60 dan Ibu Tunggal.






 Pengerusi DAP Hulu Selangor Sdr Chng Boon Lai dan Sdr Johari Halus juga ada bersama meraikan Program Jom Shopping di Batang kali
 Ahli Majlis Pn Mai juga hadir meraikan program yang julung kali diaktifkan ...syukur Alhamdulillah




Sunday 28 July 2013

JEMPUTAN PENTING 11.30 PAGI YANG HENIING

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Rakan-rakan media yg dihormati,
Satu sidang media akan diadakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari esok. Butiran seperti berikut:
Tarikh: 29 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana, Petaling Jaya
Antara perkara yang akan disentuh di dalam sidang media esok adalah:
1 – Cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan
2 – Keputusan mahkamah berkaitan petisyen pilihan raya
3 – Pendakwaan terpilih ke atas Rafizi Ramli dan peserta himpunan #Black505
Dengan segala hormatnya pihak media dijemput hadir utk membuat liputan.
PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Saturday 27 July 2013

BUBUR LAMBUK DARI AHLI MAJLIS DI BUKIT SENTOSA 2

Lebih 300 bungkus bubur lambuk telah diedarkan oleh JDMBS 6-12 bersama ahli majlis yang diketuai Ketua Ahli Majlis Tuan Nazar Yakin , Puan Mai dibantu Ketua JDM Sdr Mohamad Rozain dan Ketua Cawanga PAS Bukit Sentosa 2 Sdr Md Johari  pada petang 27/7/2013 bertempat di Pasar Juadah Jalan Seroja Bukit Sentosa 2.

Thursday 18 July 2013

MEMBUKA PEKONG DI BULAN RAMADAN !

Panas!! Shahidan buka pekong SPR dgn "Syarikat" Salleh
Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Rafizi turut mempersoalkan syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Beliau berkata, dengan diberi peluang secara rundingan terus makin menguatkan lagi dakwaan Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.

"Saya masih percaya Integrated Ventures Sdn Bhd sebagai pembekal dakwat kekal kerana jika saya berkata perkara yang tidak benar sudah pasti ahli parlimen BN merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya.

"Speaker menggesa saya untuk mengulangi pertuduhan syarikat berkenaan ada kaitan dengan SPR. Maka oleh sebab itulah sidang media ini diadakan," kata Rafizi pada sidang media di Parlimen, hari ini. - 18 Julai, 2013.

Sunday 14 July 2013

MENINGKAT TAPI RAMAI MEREMPAT?

 Kutipan Zakat meningkat tetapi malang masih ada yang terbiar merempat

Kesedaran masyarakat berhubung pembayaran zakat memang bertambah berikutan peningkatan jumlah pembayar. Ini dibuktikan apabila tahun lalu PPZ Wilayah Persekutuan mengutip RM275 juta zakat harta iaitu lebih 25 peratus daripada RM1.27 bilion kutipan zakat harta seluruh negara.

Malah, kajian mendapati pada 2011, potensi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan ialah 124,957, termasuk individu (120,328) dan syarikat. Kalau dilihat daripada pencapaian tahun lalu, pembayar zakat di Wilayah Persekutuan bagi individu dan syarikat ialah 89,101 pembayar.

Dalam aspek pengurusan zakat, PPZ-MAIWP adalah antara negeri tertinggi kutipan zakat dan pengagihan wang zakatnya.

Bagi zakat simpanan, peningkatannya kira-kira 16 peratus iaitu RM14.98 juta berbanding RM13.4 juta tahun lalu ~ Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Kutipan Zakat meningkat tetapi malang masih ada yang terbiar merempat...

    RAWANG – Seramai 20 orang anak yatim hidup serba daif di sebuah rumah teres setingkat selepas mendakwa mereka dihalau oleh pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas (Nur Ikhlas) di Sri Kundang di sini hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran bulanan RM150 kepada pusat jagaan itu.

    Nasib baik ada seorang penduduk tempatan di kawasan itu yang bersimpati membenarkan 20 anak yatim yang kesemuanya lelaki berusia tujuh hingga 15 tahun menumpang di sebuah rumah teres miliknya.

    Jarak antara rumah anak yatim di Sri Kundang dengan rumah teres yang didiami 20 anak yatim itu sekarang kira-kira lima kilometer.

    Rumah teres yang mempunyai tiga bilik tidur dengan satu bilik air itu sudah dijadikan tempat perlindungan kepada anak-anak malang itu sejak lebih enam bulan lalu dan diberi nama Pusat Jagaan Anak Yatim Sri Kundang (AYSK).

    Pengasas AYSK, Nor Azmi Jusoh mendakwa, kemelut 20 anak yatim itu tercetus pada tahun lalu apabila pihak pengurusan Nur Ikhlas membuat keputusan untuk mengenakan yuran bulanan sebanyak RM150 kepada setiap penghuninya berkuat kuasa Januari tahun ini ~ Kosmo


Mengapa jadi begini?.. Adakah perlu anak-anak Yatim yang berugama Islam ini mengemukakan masaalah mereka kepada pihak Gereja pula?

Kemana perginya kutipan yang berjuta-juta RM jumlahnya itu?

Kita sering ditekankan akan kewajipan membayar Zakat dan kepentingan Zakat dibayar dalam menyumbang kepada pembangunan negara.. tetapi kenapa tidak dipamirkan secara terbuka kemana setiap sen dari kutipan Zakat itu dibelanja?

Thursday 11 July 2013

MANA HASIL SIASATAN ?

IGP Digesa Dedah Hasil Siasatan Dakwat Kekal

pengundi jari dakwat port klang 01

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar didesak supaya segera mendedahkan hasil siasatan polis terhadap laporan dakwat kekal yang tidak kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sehingga 3 Jun lalu, polis menerima 1,469 aduan berkaitan dakwat kekal di seluruh negara.

Sehubungan itu, MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Khalid perlu mengumumkan hasil siasatan kepada umum dan tindakan yang seharusnya diambil.

“Persoalan asas yang saya ingin bangkitkan, oleh kerana laporan itu banyak, saya nak tanya pada IGP, dengan ‘volume’ yang besar ini, apakah tidak ada hasil siasatan yang dilakukan,” soal Ketua AMK itu.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan di Sidang Dewan Rakyat bahawa kos untuk dakwat kekal pada PRU-13 lalu sebanyak RM 7.1 juta.

Kos berkenaan meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding PRU-12 pada 2008 lalu.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdolak dalih dan menafikan bahawa tiada gangguan dilakukan polis terhadap orang ramai yang ingin membuat laporan berkenaan dakwat kekal di balai polis.

Shamsul berkata, Zahid menyatakan polis tidak menerima sebarang maklumat berkenaan gangguan.

Walhal pelbagai media sudah mendedahkan bagaimana orang ramai terpaksa menjalani prosedur berbeza ketika ingin membuat laporan polis berkenaan dakwat itu.

Wednesday 10 July 2013

PERKHIMATAN YANG AMAT KAMI PERLUKAN ! DAH LAMA DAH !


Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor
SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi.

Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya.

Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat.

“Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa.

“Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan.

“Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi,” kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat.

“Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24.”

Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari.

“Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS).”

Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.

Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8.

Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall.

Tuesday 9 July 2013

GARA-GARA KANTOI, AKHBAR SUARA KEADILAN JADI MANGSA

Akhbar Harakah, Suara Keadilan kena rampas lagi

  KUANTAN - Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini.

Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang Azilah Madulan berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah.

"Pemeriksaan dan rampasan dilakukan oleh tujuh anggota bermula 10 pagi tadi di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan berakhir di sebuah kedai runcit di Indera Mahkota 2 di sini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kebanyakan peniaga tidak mengetahui penjualan akhbar tabloid itu kepada orang ramai adalah salah kerana tidak mempunyai permit atau kelulusan daripada KDN.

"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada peniaga kerana memberi kerjasama yang amat baik bagi membolehkan operasi berjalan lancar, kita telah menasihatkan supaya peniaga terbabit agar tidak menjual mana-mana penerbitan seperti akhbar tabloid yang tidak mempunyai permit dan kelulusan daripada pihak KDN," katanya. - Bernama

Sunday 7 July 2013

PM JANJI MANSUH, MENTERI KDN KEKALKAN ?!?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya ... tapi meminda," kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Zahid.

- Bernama

Kenyataan bertarikh 12 Julai 2012... Najib sebut mansuh ke pinda ??
<iframe width="440" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/0Z1O8uJVV8M?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Thursday 4 July 2013

GELINYA PENGENDALI !

Saman AES lebih 600 ribu, pengendali dapat RM13 juta

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Sebanyak 673,339 saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 11 Jun 2013, kata Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
HANIPA_AES
Hanipa Maidin (kiri) bersama Mahfuz Omar, penggerak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Manakala sehingga 15 Mei 2013, kerajaan telah membayar RM 13,550,758 sebagai bayaran yuran perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia AES.
“Bayaran dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan,” kata Hanipa merujuk jawapan bertulis yang diterimanya dari Kementerian Pengangkutan.
Tambah Hanipa tindakan itu bercanggah dengan amalan seharusnya, iaitu bayaran saman disalurkan kepada Perbendaharaan, bukan kepada syarikat pengendali AES.
“Ini kesalahan dan penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES. Wang saman itu seharusnya disalurkan kepada lkerajaan.
“Yang untung syarikat swasta, rakyat yang tanggung kerugian. Kenapa wang pergi kepada dua syarikat ini?,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
KEADILAN sebelum ini membongkar dua syarikat pengendali saman AES, iaitu Beta Tegap dan Ates Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Umno dan MCA.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
Dalam pada itu, Hanipa menuntut kerajaan mendedahkan perjanjian dengan dua syarikat terbabit.
“Kita nak tahu. apakah ia dibawah OSA? (Akta Rahsia Rasmi). Jika dibawah OSA, ia perlu dideklasifikasi. Rakyat nak tahu apa kandungan perjanjian,” tegas Hanipa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54059