Tuesday 26 February 2013

BN SELANGOR TERKEDU, PENGARAH PRAYA PUN HARAPKAN SUAMI ROSMAH !


Paparan menarik untuk 27 FEBRUARI 2013 :
1. Perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.
2. Kajian Merdeka Center mendapati sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mencatatkan penurunan.
3. Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Isnin lalu, secara jelas mengiktiraf sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum itu.
4. Bagi menangani rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa di negara ini, Pakatan Rakyat menerusi Manifesto yang dibentangkan Isnin lalu bakal memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) yang akan memberdayakan sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sunday 24 February 2013

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT 25/2/2013!



Manifesto Rakyat menggabungkan kesemua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat (dilancarkan tahun 2009), Buku Jingga (dilancarkan tahun 2010) dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. ...

SPR TAK SABAR? NAJIB MENGELEPAR

Malaysiakini melaporkan:

KUALA LUMPUR: Parlimen dijangka dibubarkan selepas Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Menjelaskan ramalannya, Aziz berkata ia adalah kerana LIMA 2013 telah dirancang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi. - Hrkh

Saturday 23 February 2013

SU BN KATA NAUZUBILLAH !

Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa parti itu terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing seperti yang didakwa dalam sebuah klip video yang diterimanya semalam.

Sebaliknya, beliau mendakwa video klip itu daripada pembangkang dan ia dihantar oleh pihak yang tidak dikenali melalui aplikasi telefon WhatsApp.

Klip video tersebut kini telah dimuatnaik ke laman Youtube.

NONE"Kami tak buat begitu... tak ada kerja lain ke... Ini satu taktik 
kotor," kata Tengku Adnan (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Klip video selama 59 saat itu antara lain memaparkan babak sekumpulan yang didakwa warga Bangladesh bertempiaran lari sambil menjerit perkataan 'polis' beberapa kali.

Kemudian, babak kumpulan itu ditahan sambil duduk mencangkung dengan seorang anggota polis menghampiri mereka dan suara latar dalam video tersebut menyebut: "Lari apa, aku nak bagi IC saja".

"Suara itu bukan daripada polis (dalam klip video itu), tetapi suara daripada orang lain," kata Tengku Adnan yang mesra dipanggil Ku Nan.

Video klip itu juga memaparkan tulisan-tulisan "You help me I help you" sewaktu penyerahan kad pengenalan kepada warga Bangladesh, "Jangan terkejut, pekerja asing juga boleh undi di Malaysia di bawah BN" termasuk bendera BN yang dipangkah dengan tulisan "Say no to Barisan Nasional".

Di akhir video klip itu tertulis "Inilah hasil kerja golongan yang terdesak untuk dapat kuasa".

Malaysiakini memperolehi video klip tersebut versi asal daripada Tengku Adnan dan pertambahan perkataaan 'fitnah' pada video klip versi yang dimuatnaik ke Youtube.

NONEBeliau mengakui perkataan 'fitnah' itu ditambah oleh pihaknya 
pada versi Youtube.

Ditanya sama ada beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya akan membuat laporan polis, Tengku Adnan berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepada pihak pengurusan Umno dan BN.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam laman sosial Facebooknya, Tengku Adnan menempelak  pembangkang yang didakwanya "suka melempar fitnah, menipu membuat manipulasi dan melakukan pelbagai kerja kotor".

"Sudah, sudahlah... Kerajaan yang telus tidak pernah bertindak demikian, BN telus dan PM pun dah metrai ikrar integriti. Pembangkang sudah kehabisan modal, tak ada kerja.

"Bayangkanlah bagaimana rupa kerajaan akan datang kalau puak-puak yang menipu ini yang menang dalam PRU... Nauzubillah... Semoga kita dipelihara Allah," katanya.

Kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat isu pendatang di Sabah dan prosidingnya sedang berjalan.

Thursday 14 February 2013

PENDIDIKAN PERCUMA PR MAMPU !

4 Rabi'ul akhir 1434H,

SHAH ALAM: Penasihat Ekonomi Selangor, Dat0’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat sekiranya amalan seperti boros dalam berbelanja, berhutang dan rasuah dapat dihentikan.

Menurutnya, dakwaan pemimpin BN kononnya negara akan mengalami kerugian sekiranya hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dilupuskan adalah tidak benar.
“Mansuhkan PTPTN boleh bankrap negara? Mereka harus ditanya adakah hutang NFC, pemberian tanah kepada Ketua Wanita Umno Selangor, pengaliran keluar wang haram, adakah itu tidak bankrapkan negara,” soal beliau kepada 2,000 mahasiswa Universiti Selangor (Unisel).
Memberikan ucaptama sempena Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP 2013) di Dewan Pro Canselor Unisel, Kampus Shah Alam dekat sini, beliau menegaskan, semua amalan yang dilakukan oleh pemimpin Umno kini bakal ditanggung oleh generasi akan datang.
Sementara itu, Pengarah Strategik KeADILan, Rafizi Ramli ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Pendidikan percuma, keadilan melalui pendemokrasian pendidikan’ berkata, Pakatan Rakyat komited memberi pendidikan percuma kepada rakyat.
Menurutnya, kerajaan hanya perlu menggunakan RM6.5 bilion setahun daripada hasil petroleum negara berjumlah RM431 bilion untuk menjayakan usaha tersebut.
Ia meliputi kos membatalkan yuran sedia ada di IPTA, memberi biasiswa sara hidup kepada pelajar, kos menghapuskan hutang PTPTN, kos mewujudkan tabung baru pendidikan dan pembinaan universiti bernilai RM1 bilion setiap tahun selama 10 tahun bagi menampung keperluan.
“Biasiswa yang kita beri bukan untuk kaya, tetapi untuk makan. Kita juga akan menambah bilangan tempat di IPTA, kalau ada pelajar pilih IPTS, itu hak dia. Tetapi apa yang paling penting adalah ada rakyat tidak mampu menangung kos pengajian dalam bidang perubatan sebagai contoh. 
Menambahkan bilangan tempat di IPTA itu sangat penting.
“Tanggungjawab itu adalah tanggung jawab kerajaan, bukan swasta kerana dasar Umno untuk mengalihkan tanggungjawab ini kepada pihak swasta. Ia menjadi sumber kekayaan mudah kepada kroni, lubuk emas kepada mereka,” katanya.
Mengenai pemansuhan hutang PTPTN yang bernilai RM25.9 bilion, beliau menjelaskan bahawa ia dibiayai menerusi pelaburan tetap sebanyak RM2 bilion setahun sehingga 15 tahun dan peruntukkan tambahan RM4.5 bilion setahun dari belanjawan tahunan untuk menampung tanggungan akan datang.
Rafizi berkata, pendidikan bukan satu perbelanjaan kos yang merugikan namun ia pelaburan pembangunan modal insan jangka panjang yang bakal menguntungkan pembangunan negara.
“Pelaburan pendidikan paling penting, matlamatnya jelas iaitu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau tak faham mengenai konsep ini banyak alasan diberikan,” katanya.

Oleh: MUHAMMAD ARIF ISMAIL

Tuesday 12 February 2013

BAGI BE END INI KES BERAT ! JENERAL DARAT,LAUT DAN UDARA BERSAMA PAKATAN RAKYAT

16 Februari 2013 (Sabtu)

1) 8.30 – 12.00 malam – Ceramah Perdana Anwar Ibrahim Bersama Barisan Jeneral (B) Angkatan Tentera
Lokasi: Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa,

2) Barisan Jeneral:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (DARAT)
iii. Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Al-Khatab (UDARA)
iv. Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (LAUT)
v. Brig. Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad (KAGAT)

3) Gong Xi Fa Cai Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Wilayah Persekutuan

16 Februari 2013 (Sabtu)

i. 10.00 – 2.00 ptg – Parlimen Bandar Tun Razak
Lokasi: Padang Bola Bukit Anggerik, Bandar Tun Razak

ii. 1.00 – 3.00 ptg – Parlimen Setiawangsa
Lokasi: Sri Rampai Business Park, Setapak.

iii. 2.00 – 5.00 ptg – Parlimen Wangsa Maju
Lokasi: Prima Setapak, Jalan Genting Kelang

iv. 2.30 – 5.30 ptg – Parlimen Batu
Lokasi: Dewan Brim, SJK (C) Jalan Kepong, Jinjang

v. 5.00 – 8.00 mlm – Parlimen Lembah Pantai
Lokasi : Depan Restoran Mahbob, Lucky Garden, Bangsar

Saturday 9 February 2013

HALANGAN SG TENGI MENULAR KE BUKIT KUANTAN


Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan di program ceramah Mazlan Aliman dekat Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.
<iframe width="400" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/dv_6bW7IvYE?feature=player_detailpage" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>Program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Bukit Kuantan, dihalang oleh beberapa kumpulan anak muda petang tadi.





Program yang sepatutnya bermula jam 5.45 itu akhirnya dibatalkan selepas Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lokasi lain di Cenderawasih, Kuantan (Parlimen Indera Mahkota) akibat tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingin.

Menurut sumber, hampir 20 orang anak muda yang bukan dilihat bukan anak tempatan menunggu ketibaan rombongan Anwar di kesemua lokasi masuk ke Felda terbabit.

Tidak cukup dengan halangan manusia, mereka juga meletakkan beberapa buah lori yang bertujuan untuk menghalang kenderaan masuk.


Seperti biasa, dapat dilihat beberapa orang anggota polis juga ada bersama mereka.

Tidak dapat dipastikan, polis memantau atau sebaliknya.

Namun, jika dilihat kepada kejadian di Sungai Tengi, kemungkinan senarionya adalah sama.

Apapun, mujurlah tiada insiden lebih buruk berlaku. Orang ramai yang menunggu Anwar di lokasi ceramah akhirnya beramai-ramai keluar selepas mengetahui rombongannya dihalang.

Kawalan pintu masuk dibuka semula selepas kesemua mereka mendapati rombongan Anwar telah berpatah balik meninggalkan lokasi terbabit.

Apapun kejadian ini adalah satu lagi cara untuk menghalang program Pakatan Rakyat dalam sebuah negara demokrasi berpelembagaan seperti Malaysia ini.

Ia jelas bercanggah dengan hak-hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tambahan pula parti pembangkang adalah pertubuhan yang sah dari segi undang-undang.

Felda Bukit Kuantan terletak dalam DUN Sungai Lembing kawasan Parlimen Paya Besar.

Apapun, semua yang berlaku ini menambahkan amarah rakyat kepada BN pada Pilihanraya umum ini sebenarnya. ~ Pahang Daily Online 

Gambar di atas datangnya dari FB Haji Abas Haji Awang.. beliau melaporkan..