Sunday 30 June 2013

MAJORITI TAK SOKONG BN !

"Tsunami Cina, Apa lagi Cina mau? , dan 51% VS 47% merupakan petanda-petanda penting dan utama pascaPRU Ke-13. Satu pihak melaungkan rekonsiliasi nasional (kerukunan nasional) sebagai isyarat kepada perpecahan kaum yang dianggap sudah berlaku.

Satu pihak yang lain menyeru BN berhenti menggunakan isu perkauman dan politik menakut-nakutkan Melayu.

Perihal kejayaan UMNO memperoleh 88 kerusi dalam PRU Ke-13 merupakan manifestasi daripada penggunaan isu perkauman dan politik menakut-nakutkan. Sungguhpun UMNO hanya disokong oleh tiga juta pengundi Melayu atau kira-kira 20% undi popular, namun itu sudah cukup untuk membolehkan UMNO/BN menguasai 112 kerusi Dewan Rakyat untuk mendapat majoriti mudah.

Kita perlu sedar bahawa semua kerusi itu mempunyai jumlah pengundi yang kecil. Hal ini berlaku akibat persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas prestasi buruk UMNO/BN pada tahun 1999. Harus diingat bahawa bukan sahaja tiada pertambahan kerusi untuk kawasan majoriti Melayu untuk Kedah, Kelantan, dan Terengganu dalam proses yang tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS malahan juga kawasan yang ramai penyokong PAS dimasukkan ke dalam kawasan bermajoriti Cina. Pada masa itu, pengundi Cina merupakan talian hayat kelangsungan kuasa politik UMNO/BN.

Ternyata UMNO/BN menang besar dalam PRU Ke-11 yang menjulang tinggi nama Pak Lah. Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin Melayu bersikap lupa diri dengan kejayaan tersebut.

Apabila kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan rakyat, bermaharajalelalah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, kronisme, dan sebagainya. Rakyat menghukum mereka dalam PRU Ke-12. Tersentak dengan kejadian tersebut, Pak Lah direhatkan dan Najib melaksanakan konsep transformasi sebagai mercu tanda pentadbirannya. Di situlah terbitkan KR1M, BR1M, TR1MA, PR1MA, dan sebagainya.


Modal itu telah dimanipulasi UMNO/BN untuk memenangi hati pengundi dalam PRU Ke-13. Namun, keputusannya prestasi Najib jauh lebih buruk daripada Pak Lah yang dicap sebagai kuat tidur itu. Isu perkauman dan politik menakut-nakutkan berhasil memberi 108 kerusi Luar Bandar kepada UMNO/BN. BN tidak memenangi sebarang kerusi di Bandar Majoriti Cina, menang hanya 4 kerusi di Bandar Majoriti Melayu, menang 1 kerusi di Bandar Campuran, dan 20 kerusi di kawasan Separa Bandar.

Ternyata pola pengundian di kawasan Luar Bandar memihak kepada UMNO/BN kerana orang Melayu di kawasan ini percaya bahawa tanpa UMNO negara ini akan dikuasai oleh orang Cina. Hakikatnya hanya ada 38 orang wakil rakyat Cina dari Pakatan Rakyat (29 DAP + 9 PKR) di Dewan Rakyat hari ini. Di samping itu, terdapat 10 orang lagi wakil rakyat Cina dari BN di Dewan Rakyat. Inilah antara fakta yang berjaya diselindungkan oleh UMNO/BN dari pengetahuan pengundi-pengundi Luar Bandar yang bukan saja miskin harta benda malahan juga papa maklumat.

Oleh sebab itu, keputusan PRU Ke-13 bukanlah tsunami Cina. Yang sebenarnya berlaku ialah tsunami rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, dan lain-lain di kawasan Bandar Majoriti Cina, Bandar Majoriti Melayu, Bandar Campuran, dan Separa Bandar. Golongan bermaklumat yang mendiami kawasan-kawasan maju dan membangun ini menolak UMNO/BN yang korup dan sebagainya.

Friday 28 June 2013

AKHIRNYA BARULAH DAPAT PENGARAH KEMAS YANG BARU !

Komen : Umur dah 60 tahun jadi Pengarah Kemas? Nasib baik dilantik jadi speaker tak kiralah samada UMNO Perlis dah takder calon sesuai. Yang penting dapat juga KEMAS pengganti pengarah yang baru. 
 
KANGAR - Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis, 
Hamdan Bahari hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis yang baru.
    
Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu di dewan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis selepas pelantikannya dicadangkan Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan disokong anggota Exco Kerajaan Negeri, Sabry Ahmad.
   
Hamdan, 60, menjadi pengarah Kemas Perlis selama tujuh tahun dan sebelum itu pernah berkhidmat kira-kira 30 tahun sebagai guru termasuk selama 14 tahun sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Menengah Jabatan Pendidikan Perlis.
    
Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan memegang jawatan itu selama kira-kira dua tahun sebelum mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis menggantikan Datuk Yazid Mat.    

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hamdan yang lebih dikenali sebagai "Cikgu Hamdan" berazam akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin walaupun ia penuh cabaran.
   
Beliau juga berharap kesemua anggota dewan undangan negeri dapat memberi sumbangan yang terbaik untuk memajukan negeri melalui tanggungjawab masing-masing.
    
Pada majlis itu, kesemua 15 anggota dewan undangan negeri (Adun) Perlis termasuk dua anggota pembangkang mengangkat sumpah sebagai anggota dewan di hadapan Hamdan.
    
Majlis angkat sumpah itu bermula dengan Azlan yang juga Adun kawasan Pauh.    

Sementara itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dijadual merasmikan mesyuarat pertama, penggal persidangan pertama dewan undangan negeri yang ke-13 pada 1 Julai manakala persidangan akan berlangsung pada 2 dan 3 Julai. - Bernama

Wednesday 26 June 2013

LAPORAN FARIZ BUAT DS NAJIB TERTEKAN !

LAPORAN Fariz Musa
1.Saya Fariz Musa adalah calon PKR yang bertanding dikawasan Parlimen P085-Pekan menentang calon Barisan Nasional ,YAB Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak dalam PRU ke-13 yang lalu.
2.Beberapa hari yang lalu saya telah membaca satu laporan dalam Freemalaysiatoday (FMT) bertarikh 17.6.2013 diatas tajuk "Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib".
Laporan ini adalah berdasarkan surat terbuka oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Kuala Lumpur yang ditujukan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut disalinkan kepada Ketua Setia Usaha Negara,Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
3.Perkara utama dalam laporan berkenaan yang ingin saya bangkitkan ialah maklumat berkaitan DS Najib telah membuat affidavit-affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang difailkan dalam Mahkamah, yang membicarakan kes liwat yang sekarang berada diperingkat rayuan.
4.Susulan dari itu saya telah mendapatkan salinan affidavit-affidavit berkenaan daripada Peguam PKR untuk semakan. Saya memandang berat perkara ini kerana setahu saya, membuat affidavit palsu adalah kesalahan jenayah yang serius dan sama dengan kesalahan memberi keterangan palsu di-mahkamah.
5.Saya mendapati dalam kedua-dua affidavit berkenaan, DS Najib telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor juga, ada membuat affidavit pada 21.9.2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau, ialah Najib dan bukan Mohd.Najib seperti yang saya sangka selama ini.
6.Bagaimanapun, pada hari penamaan calon pada 20.4.2013, DS Najib telah mendaftarkan nama penuh beliau sebagai Mohd.Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus bagi kawasan Parlimen Pekan. Nama yang DS Najib berikan dalam borang penamaan calon itu adalah bercanggah dengan nama yang beliau ikrarkan dalam affidavit beliau dan isteri beliau.
7.Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui akan perkara ini, sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar DS Najib, akan berlaku pada hari tersebut.Ini berikutan surat terbuka bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur kepada Pengerusi SPR sendiri, memaklumkan akan kemungkinan percanggahan tersebut akan berlaku di-hari penamaan calon tersebut.
Rencana FMT bertajuk "Pencalonan Najib dalam PRU13 ditolak?" bertarikh 15.4.2013 iaitu lebih kurang 5 hari sebelum hari penamaan calon berkaitan maklumat kepada Pengerusi SPR itu, disertakan sebagai lampiran kepada laporan ini.
8.Sekiranya DS Najib atau Pegawai Pengurus SPR telah memaklumkan kepada saya atau wakil calon berkaitan percanggahan nama DS Najib dalam affidavit dan borang pencalonan beliau itu,maka sudah pasti saya akan membuat sesuatu bantahan dan akan meminta mereka merujukkan perkara tersebut ke-mahkamah dimana affidavit-affidavit berkenaan difailkan.
9.Memandangkan maklumat yang penting ini disorokkan daripada makluman saya atau wakil saya dihari penamaan calon tersebut, maka saya telah dinafikan untuk melakukan sesuatu bantahan yang pasti akan saya buat jika telah diberitahu akan maklumat ini.
Malahan saya akan membuat laporan polis terhadap DS Najib kerana membuat affidavit palsu seperti yang saya lakukan sekarang ini.
10.Saya membuat laporan polis ini adalah untuk menggesa pihak polis menyiasat Dato Seri Najib kerana dikatakan telah membuat affidavit palsu dalam perbicaraan kes liwat dan tindakan beliau menyorokkan yang beliau telah mengikrarkan affidavit dengan menggunakan nama yang berlainan dengan nama yang beliau berikan ketika mengisi borang pencalonan pada 20.4.2013.
Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu.
Tujuan saya membuat laporan ini juga, untuk menggesa pihak polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana perbuatan bersubahat dengan DS Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan affidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam affidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lain yang akan bertanding dan pengundi-pengundi kawasan Parlimen Pekan khasnya.
11. Bersama-sama laporan ini,saya sertakan dokumen-dokumen bukti seperti berikut;
a) Affidavit-affidavit DS Najib ikrarkan pada 21 dan 23.09.2011.
b) Affidavit Datin Seri Rosmah Mansor diikrarkan pada 21.09.2011.
c) Rencana FMT bertajuk: "Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib." bertarikh 17.06. 2013.
d) Rencana FMT bertajuk: "Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?" bertarikh 15.04.2013.
Sekian laporan saya.

Tuesday 25 June 2013

EXCO TERENGGANU MENINGGAL DUNIA

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Khamis lalu kerana sesak nafas, telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu.

Hampir dua bulan selepas PRU-13 berlangsung, kini bermula sudah PRK yang pertama.

Pada 5 Mei lalu, Allahyarham menang ke atas calon Muslimah PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,631 undi. Allahyarham mendapat undi sebanyak 8809 undi berbanding Napisah yang hanya mendapat 6375 undi sahaja.

Satu lagi pertempuran sengit nampaknya akan berlaku.... apatah lagi dengan PAS hanya ketinggalan dua kerusi berbanding UMNO-BN pada kedudukan 15-17, tentu sekali PAS sudah tidak bertangguh-tangguh mengasah parang dan tajak untuk menebas saki-baki kemenangan UMNO-BN di negeri Terengganu.

Yang pergi tetap dah pergi... perjanjiannya dah sebegitu. Yang hidup akan meneruskan hidup mereka sehinggalah kematian dan ajal menjemput.

Nampaknya kuasa juga yang menjadi taruhan!!!

Cakap berlapik-lapik dah tak berguna pada masa kini. SELAMAT BERPILIHANRAYA KECIL ler kita semua!!!(berita dari blogger UMNO)

Monday 17 June 2013

Gendang Perang PRU14 sudah dipalu?

Kalau ini dikatakan gendang perang... maka paluan pertama datangnya dari PKR Bukit Sentosa di bawah Cabang Hulu Selangor.

Malam tadi berlansung perjumpaan ahli PKR seluruh ranting Bukit Sentosa bersama Ketua Cabang, En Nazar Yakin dan wakil (AJK) AMK Cabang, En Danial.


Majlis dihadiri tidak kurang 30 ahli, bertujuan menyusun gerakerja & program ranting sebagai pemantapan parti pasca PRU13.




Ketua Cabang menyampaikan ucapan


AJK AMK Cabang Hulu Selangor










sebahagian anggota yang hadir bergambar di akhir majlis

Makan Malam Berlangsung Meriah


Majlis Makan Malam & Mesra Rakyat Ahli Majlis (MDHS) Dan Penduduk Bukit Sentosa 2 & 3 diadakan pada 9hb Jun lalu, dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, YB Khalid Samad, Mustafa Kamil Ayub & YB Daroyah Alwi.


Sesi bergambar seusai majlis




Wednesday 12 June 2013

TERMISKIN TAPI RM38,000,000,000 (38 BILION) CUKAI DIKUTIP!


Walau pun pada hakikatnya rakyat negeri Sabah dilapur Bank Dunia sebagai negeri termiskin di Malaysia, namun tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mampu mengutip cukai sebanyak RM38 bilion.
Tahun ini LHDN dijanka menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM40 bilion, kata Pengarahnya, Kamaruzaman Ab Salleh.
Katanya, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan prestasi kutipan cukai yang baik oleh agensi itu pada tahun lalu.
  • "(Sasaran) kutipan kita tahun lepas melepasi sasaran. Kita sasarkan mengutip RM37 bilion namun hasil kerjasama semua pihak, kita telah mengutip RM38 bilion," katanya kepada pemberita selepas melepaskan "Operasi Mesra Hasil" di sini Selasa.
  • Operasi Mesra sepanjang dua hari itu merupakan salah satu strategi LHDN bagi mencapai sasaran pungutan hasil di Sabah tahun ini.
  • Menurutnya, peniaga dan orang ramai tidak perlu bimbang atau takut apabila didatangi para pegawai LHDN kerana kedatangan mereka adalah untuk membantu jika pelanggan menghadapi masalah mengisi borang.
  • Kamaruzaman berkata operasi khas pematuhan di Tawau itu melibatkan 100 pegawai dan anggota dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuah dan merupakan yang ketiga selepas Kota Kinabalu dan Keningau.
  • Katanya operasi dua hari itu juga melibatkan operasi khas banci perniagaan (OBB), operasi khas majikan (PCB), operasi khas serahan tangan unit pungutan dan operasi khas serahan tangan audit meja.
Menurutnya antara sasaran operasi itu ialah kawasan taman-taman perumahan dan kawasan industri.
Beliau berharap Operasi Mesra Hasil berkenaan dapat memberikan impak besar kepada pembayar cukai supaya dapat mematuhi peraturan dan undang-undang percukaian.
Mengenai sambutan pembayar cukai di Sabah, Kamaruzaman berkata ia amat baik. 
Sumber: BERNAMA

UMNO MOHON BATAL DI KESAL !

KUALA LUMPUR 12 Jun - Permohonan UMNO untuk membatalkan pembelaan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua lagi individu kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan pencerobohan di Lahad Datu,Sabah akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai ini. Saman itu sebelum ini difailkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh  pada 15 Mac lalu terhadap Tian Chua, Editor Portal, Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey. Ab. Rauf memohon supaya pembelaan Tian Chua dan dua lagi individu dibatalkan atas alasan mereka memberikan pembelaan yang tidak berasas, tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan. Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop selepas mendengar hujahan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO dan peguam William Leong yang mewakili Tian Chua dan dua lagi di kamar beliau.Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu. Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain dakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Sulu di Lahad Datu, Sabah

Monday 10 June 2013

TARIKH 505 BARU! RAKYAT JANGAN JEMU

HIMPUNAN 15HB DITUNDA KEPADA 22HB JUN, PENGERUSI, TIMBALAN SPR WAJIB UNDUR 

 

HIMPUNAN 505 pada 15 Jun ini ditunda khabarnya kepada tarikh baru iaitu 22hb Jun nanti.  Himpunan tersebut berakhir dengan perkhemahan di Padang Merbuk, KL sehingga tarikh 24hb Jun iaitu tarikh MP angkat sumpah di Parlimen.
Diberitakan beratus-ratus khemah akan disediakan untuk mereka yang ingin 'berpiknik' pada tarikh tersebut sementara menantu dua tiga ekor hantu dalam SPR itu meletakkan jawatan.  SPR tidak ada alasan lain lagi, ternyata mereka gagal membuat tugas paling mudah iaitu 'dakwat kekal' .  Jika dalam bab dakwat pun SPR tidak boleh nak urus, pelik apanya bab-bab lain berbentuk teknikal yang lebih menyulitkan?
Tidak usahlah SPR 'masuk bakul angkat sendiri' kononnya SPR cekap.  50 petisyen dari pihak Umno/Bn dan lebih kurang 30 petisyen dari PR sudah cukup untuk menunjukkan betapa teruknya SPR buat kerja.  Satu sejarah di dalam negara bila Umno/Bn turut tidak puas hati dengan kerja-kerja SPR. Alasan kononnya PR sengaja mencari alasan atas kekalahan terbukti salah di mana bukti jelas menunjukkan Umno/Bn lebih tidak berpuas hati dengan SPR.  
Tiada alasan lagi.  Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib letak jawatan.  Jangan sampai kamu makan gaji buta untuk menyara keluarga kamu.  Khidmat kamu tidak lagi diperlukan kerana menyusahkan semua orang samada di pihak Umno/Bn mahu pun Pembangkang. 

PELIK ? PETISYEN HULU SELANGOR MANA?

PARLIMEN HULU SELANGOR TIDAK ADA PETISYEN KAN... KAN....

(Kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan)
Saya boleh mengesahkan bahawa bermula hari ini, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihan raya di kawasan-kawasan Parlimen berikut:
Difailkan oleh KEADILAN
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram
Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai
Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis
Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu. Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihan raya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya.
Selain 24 kerusi Parlimen ini, Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN di seluruh negara (9 DUN yang ditandingi PAS dan 1 DUN yang ditandingi KEADILAN).
Serentak dengan petisyen-petisyen ini, KEADILAN juga akan memfailkan tindakan undang-undang berikut dalam tempoh 3 minggu dari sekarang:
1. Saman terhadap Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal;
2. Petisyen pilihanraya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman KEADILAN;
3. Tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. Pasukan KEADILAN yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53214

KEJAYAAN PARTI KEADILAN PRU13


Kejayaan Keadilan pada PRU13

Kesan daripada Pilihan Raya Umum ke-13, terdapat banyak perkara yang membelenggu pemikiran para pemimpin Keadilan seluruh negara: kecurangan pilihan raya; provokasi fahaman perkauman dan juga usaha muhasabah dalam memperbaiki parti untuk terus maju ke hadapan.

Dalam pada Umno-BN sibuk berkempen dengan bersifat populis mengagihkan wang dalam kempen mendekati rakyat, hakikatnya Pakatan Rakyat yang sebenarnya telah memenangi undi popular. Hal ini tidak harus dipandang remeh: ini jelas menunjukkan perbezaan antara dua gabungan parti politik di Malaysia hari ini.

Parti komponen lain yang berasaskan kaum juga masih terikat dengan kerangka usang yang berasal daripada dasar pecah dan perintah, sebuah dasar yang diperkenalkan sejak zaman pemerintahan penjajah.

Dalam pada Datuk Seri Najib Razak melabelkan tentangan yang diterima oleh Umno-BN sebagai 'Tsunami Cina', Keadilan pula menunjukkan sebaliknya. Parti berusia 14 tahun ini telah muncul sebagai satu-satunya parti yang berjaya memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi daripada setiap negeri di negara ini – dari Perlis hingga ke Sabah - termasuk Wilayah Persekutuan.

Lebih jelas lagi, Keadilan mempunyai bilangan Adun pembangkang yang tertinggi di Sabah. Ahli Parlimen dan Adun Keadilan kini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Orang Hulu dan Kadazan.

Keadilan telah meneruskan budaya penyertaan pelbagai kaum – suatu ketika dahulu menjadi tunjang Umno-BN – sebagai kekuatan kami. Meneruskan kecemerlangan susulan beberapa kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, parti ini berjaya memecah tembok di Malaysia Timur setelah sekian lama dilabelkan sebagai ‘Parti Semenanjung’.

Walau bagaimanapun, meyakinkan kaum Bumiputera di Malaysia Timur ini masih menjadi cabaran kepada Keadilan umumnya dan Pakatan amnya.

Meskipun parti kekurangan satu kerusi Parlimen berbanding 2008, Keadilan bagaimanapun berjaya meningkatkan jumlah undi di peringkat Persekutuan daripada 1.5 juta kepada 2.3 juta, iaitu daripada 18.6 peratus kepada 20.4 peratus daripada keseluruhan undi 



popular di seluruh negara.

Kualiti pemimpin yang ditonjolkan juga bertambah baik jika dibandingkan dengan 2008. Lebih penting lagi, kepimpinan muda – kumpulan yang bermula dari 2008 seperti Nurul Izzah Anwar, Sim Tze Tzin dan S Kesavan, dan juga kumpulan yang muncul selepas pilihan raya seperti Rafizi Ramli, Darell Leiking dan Shamsul Iskandar – terus mendapat tempat di kalangan pemegang jawatan kanan dan wakil rakyat Keadilan. Ini adalah petanda baik buat masa depan parti.

Selain itu, Keadilan mengambil langkah mengumumkan calon-calon secara berperingkat. Kebanyakan daripada mereka yang diumumkan lebih awal berjaya memperkenalkan diri sendiri di kalangan pengundi dengan lebih efektif seterusnya memperoleh kemenangan. Pendekatan sebegini harus dilaksanakan pada pilihan raya mendatang.

Keadilan dan Pakatan juga boleh berbangga dengan hakikat bahawa kami sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam mencorakkan agenda Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu – melalui perangkaan dan pengenalan beberapa idea polisi yang bernas sehingga mampu menarik perhatian para pengundi, serta pendedahan beberapa skandal rasuah yang dilihat seolah-olah sengaja dilupakan.

Kejayaan menubuhkan pasukan-pemikir yang berasakan parti, Institut Rakyat, di bawah nasihat beberapa tokoh korporat, golongan cendekiawan dan aktivis; juga menunjukkan bahawa parti sememangnya serius dalam membangunkan dasar secara berwibawa.

Penubuhannya dikatakan terlalu hampir dengan pilihan raya pada ketika itu untuk memberi impak yang segera tetapi bakal memberi kesan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Parti berjaya membuktikan bahawa Keadilan adalah parti berbilang kaum yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia. Walaupun diserang bertubi-tubi dan dilabelkan sebagai ‘parti sementara’ serta sering dianggap sebagai ‘the weakest link’ di dalam Pakatan, 2013 telah menunjukkan betapa segala pertuduhan ini salah dan meleset sama sekali.

Apa yang lebih penting sekarang adalah untuk kita terus maju ke hadapan dan bersatu, mengumpul segala kekuatan yang ada dan menghapuskan segala kelemahan yang terdapat pada Keadilan dan Pakatan.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=390528344399984&set=a.381662478619904.1073741832.100003284650420&type=1

Thursday 6 June 2013

KALAU DOLAK DALIK, JOM KE DATARAN BALIK?

SHAH ALAM, 7 JUN: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli mendakwa polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan Perhimpunan Aman #Blackout505 apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.
Sebaliknya menurut Rafizi, polis dan DBKL tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman dan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.
“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.
“Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi ketika dihubungi TV Selangor.
Bagaimanapun menurut Rafizi yang bertindak sebagai salah seorang sekretariat Pakatan Rakyat(PR), perhimpunan tersebut akan diteruskan pada 15 Jun ini seperti yang dirancang sebelumnya.
Terdahulu dalam isu sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman #Blackout505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.
Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.

Wednesday 5 June 2013

PECAH TEMBELANG DEK BERNAMA !

 Mirzan Mahathir tidak miliki saham Petron Malaysia

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation.

Syarikat itu mengesahkan yang Mirzan ialah ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina.

Beliau telah dipilih sebagai pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham,

Di bawah undang-undang kecil syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk layak sebagai Pengarah.


Petron Corporation mempunyai 9.4 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

Sebelum memegang jawatan pengarah dalam Petron Corporation, syarikat berkata yang Mirzan ialah pengarah San Miguel Corporation untuk tempoh singkat dari 1 September 2009 sehingga 15 April 2010.

Beliau masa ini menguasai 5,000 saham San Miguel. San Miguel Corporation mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

"Kami berharap yang fakta ini akan mengakhiri segala spekulasi yang berkaitan Mirzan, yang sememangnya tidak adil untuk keluarga Dr Mahathir.

"Saham yang dipegang Mirzan dalam San Miguel Corporation dan Petron Corporation sememangnya saham yang melayakkan untuk jawatan pengarah," kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Ramon S Ang dalam satu kenyataan.

"San Miguel, Petron Corporation dan Petron Malaysia ialah syarikat penyenaraian awam, yang patuh kepada standard ketat tadbir urus," tambah Ang. ~bernama


    Gua ni beb bukan lah PANDAI sangat berkenaan SAHAM dan PEMILIKAN nya... tapi rasa-rasa gua yang BODOH pasal SAHAM ni lah... langsung tak boleh di TERIMA DIAKAL kalau hanya memiliki 1000 SAHAM dari 9.4 Bilion SAHAM dan 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM untuk DILANTIK menjadi AHLI LEMBAGA PENGARAH... sedangkan NILAI HARGA bagi SAHAM tersebut hanya dibawah RM5 sesaham beb... tak kan BODOH sangat Orang yang ada kat dalam Petron Corporation masa itu dengan MELANTIK pemegang SAHAM yang NILAI nya SATU PERATUS pun TAK SAMPAI beb...  agak-agak lah kalau ya pun NAK MENIPU... kah kah kah !.

    Dilantik sebagai PENGARAH Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dengan hanya MEMILIKI 1,000 SAHAM... kalau dikalikan RM5 sesaham dengan 1000 SAHAM baru bernilai RM5 Ribu... sedangkan pada masa itu SAHAM yang dipunyai oleh Petron Corporation di Bursa Saham Filipina adalah berjumlah 9.4 Bilion SAHAM... yang kalau berdasarkan HARGA sesaham RM5 ianya berjumkah RM47 Bilion beb... tapi yang jadi Ahli Lembaga Pengarah hanya memang NILAIAN RM5 Ribu sahaja... gua ingat lah kan yang LANTIK Mirzan Mahathir menjadi Pengarah sudah MABUK SAN MIGUEL FREE semasa Masyuarat sedang dijalankan... kah kah kah !.

    Manakala bagi San Miguel Corporation pula Mirzan Mahathir hanya mempunyai 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM yang dipunyai oleh San Miguel Corporation... yang mana ianya lebih kurang  BERNILAI hanya sebanyak RM25 Ribu sahaja DIMILIKI oleh Mirzan dari keseluruhan jumlah SAHAM San Migiel iaitu RM16.5 Bilion... lu sendiri NILAI lah beb ada BETUL ke atau TEMBERANG apa yang dilaporkan oleh Bernama tersebut... sebab itu gua cakap kalau ya pun NAK MENIPU biar lah AGAK-AGAK sikit beb... kalau dengan Penyokong Umno mungkin gak dia orang akan PERCAYA sebab jenis dia orang MATEMATIK GAGAL beb... kah kah kah !.

    Kerana itu jugak dia orang PERCAYA bila Pemimpin Umno kata Parti DAP yang bertanding sekitar 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen yang ada boleh memerintah... kah kah kah...apa jenis OTAK UDANG lah yang lu orang ISI PERUT UMNO dah MELANTAK beb... punyalah jauh 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen tapi lu orang BOLEH PERCAYA dengan cakap Pemimpin Umno ya beb... yang LAWAK nya boleh dikatakan sebahagian BESAR berita yang dibawa oleh Pemimpin Umno tu seperti BERITA DARI ORANG MABUK SAN MIGUEL... lu sendiri FAHAM sudah lah bagaimana kalau ORANG MABUK membuat cerita beb... kah kah kah !.

    Yang PELIK BIN AJAIB nya ialah ANGIN tak ada... RIBUT tak ada tiba-tiba PUTING BELIUNG MUNCUL dari Bernama... berita yang konon nya adalah TIDAK ADIL kepada KELUARGA MAHATHIR dengan TUDUHAN terhadap Mirzan Mahathir... kah kah kah... sebaliknya BERITA tersebut telah MENGESAHKAN yang memang BENAR bahawa Mirzan Mahathir pernah menjadi PENGARAH Petron Corporation dan PENGARAH San Miguel Corpration... jadi selama ini Berita yang telah keluar berkenaan Mirzan dan Syarikat Arak San Miguel tersebut adalah BETUL dan BUKAN FITNAH... cuma PELIK kenapa cerita ini TIMBUL KEMBALI dimasa ianya sudah SEJUK... kah kah kah !. ~mat indera si pejuang

Tuesday 4 June 2013

SINGKIR SPR ?

Mengapa Najib mesti singkir Pengerusi dan Timbalan SPR?
Written by Dr Dzulkefly Ahmad

Pilihanraya bukanlah segaga-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.

Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU). Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di’pilih’ tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status ‘tak sah taraf’ macam anak luar nikah juga.

PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini malangnya telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!

Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.

Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.

Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ‘Constitutional Guardian’ atau ‘Penjaga Amanah berperlembagaan’ kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya penjalanan sesebuah pilihanraya.

Terkini bukan sahaja pelbagai petisyen dimajukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat, bahkan lebih dari 50 petisyen telah dihadapkan ke mahkamah dalam pelbagai dakwaan salahlaku oleh pihak Barisan Nasional sendiri. Petisyen terbanyak dalam sejarah Negara. Amat malang!

Apakah Najib benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pasukan SPR kali ini? PM Najib tampaknya tidak punya pilihan kalau mahu selamatkan kerajaan ‘minoriti’nya yang sangat mahukan ‘Reconciliation’ atau ringkas maksudnya ‘Genjatan bagi menumpukan kebangunan semula negara’.

Pihak Pakatan Rakyat pastinya akan tolak ‘agenda’ Najib ini, andainya syarat utama yakni penambahbaikan sistem pilihanraya tidak dijamin Najib terlebih dahulu. Bagaimana untuk disusun-atur dalam satu ‘construct’ baru SPR boleh difikirkan bersama secara ‘bi-partisan’ dalam perbahasan di parlimen.

Yang pentingnya Pengerusi dan Timbalannya mesti di’pecat’ dan disingkirkan dahulu! Sebabnya?

Mereka telah ternyata GAGAL melaksanakan dan menjaminkan sebuah PRU yang ADIL, BEBAS dan BERSIH. Tanpa membazir wang pembayar cukai untuk mengadili mereka atau ditribunalkan, cukup dengan rakyat dan pengundi mempertikaikan satu persoalan sahaja di sini yakni tuntutan ‘Capaian Media secara ‘Adil’.

Sebuah pilihanraya yang ‘Adil’, antara terpentingnya, memerlukan parti-parti yang bertanding mendapat ‘capaian atau akses kepada media’ yakni media arus-perdana yang dibiayai oleh pembayar cukai. Pilihanraya adalah proses rakyat selaku pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat. SPR wajar mempastikan maklumat tidak dikekang dan dikongkong.

Ini ditegaskan dalam tuntutan Bersih 2.0. Paling mutakhir sebelum pembubaran parlimen Pengerusi SPR telah menjamin bahawa beliau telah pun berbincang dan mendapatkan Menteri Penerangan memberi laluan ‘air-time’ yang ‘adil’ (tidak minta sama pun) kepada part-parti bertanding dan laporan yang ‘balanced’ atau berimbang (3 Mac, 2013, The Edge).

Pengerusi SPR mesti dipertanggungjawabkan tentang kegagalan ini. Kepincangan dalam memberi parti-parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya dikategorikan sebagai amalan sebuah demokrasi ‘pilihanraya autokrasi-kukubesi’ atau ‘electoral authoritarianism’ oleh disiplin ilmu Sains Politik contohnya oleh Professor Andreas Schedler. Sifat-sifat negara itu adalah seperti berikut:

“..privileged ruling parties oppress the opposition, elections are unfair, the judiciary is biased and citizens lack freedom of assembly, speech and access to the press”. Malang Malaysia masih digolong dalam kelompok ini seperti juga Singapura, Kemboja, Vietnam dan Myannmar. Indonesia tidak lagi tersenarai dalam ketegori ini.

Satu laporan kajian kerjasama (21 April, 2013) yang dibuat oleh University Nottingham dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam projek “Watching the Watchdog” tentang hal trend media dan pola pelaporan seluruh media di antara pembubaran parlimen dan hari penamaan calon, merumuskan perkara berikut. “Rakyat Malaysia (pengundi) adalah ternafi dari mendapat maklumat tentang parti-parti yang bertanding secara adil dan objektif dalam media perdana. Sementara media on-line portals membuat liputan hampir sama untuk kedua-dua koalisi kerajaan (BN) dan pembagkang (PR)”.

Cukup ciri ini sahaja untuk melayakkan pentadbir SPR digantung untuk disingkirkan dalam waktu sesegera mungkin bagi memberi laluan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Baru sesuai dengan semangat Rekonsialiasi Najib.

Tentunya ramai masih lagi tidak berpuas hati selagi tidak dihukum Pengerusi dan Timbalan SPR atas pelbagai kepincangan penjalanan pilihanraya. Isu dakwat kekal yang tidak kekal, dakwaan tentang pemberi kerakyatan kepada warga asing yang belum layak tetapi menjadi pengundi, daftar pemilih yang belum BERSIH termasuk nama pengundi-pengundi akibat Projek IC Sabah yang sedang dalam siatan RCI, kaedah berkempen yang paling kotor mengheret pertentangan kaum dan agama serta penggunaan keganasan sekaligus tidak memenuhi kriteria pilihanraya yang BEBAS- dari intimidasi termasuk takut-takutkan pengundi dengan rusuhan ala 13 Mei dan Negara kristian dan pelbagai yang lain.

Yang jelas dan muktamadnya, Pengerusi dan Timbalan SPR mesti meletakkan jawatan segera kalau tidak mahu dipecat oleh PM Najib ataukah mahu sahaja disingkir melalui sebuah Referendum atau Tribunal Rakyat!

Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Monday 3 June 2013

KENA BATANG HIDUNG BARU TAHU!

KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
JohariBeliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.
“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.
“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar Johari sinis.
Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.
Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.
Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.
“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.
“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52913