Thursday 29 August 2013

SYABAS WAJAR BAYAR PAMPASAN ATAS KEGAGALAN PENYENGGARAAN

SHAH ALAM 29 OGOS: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) patut memberi pampasan kepada pengguna yang terjejas setiap kali berlaku gangguan bekalan air, kata Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam di Wangsa Maju sehingga menyebabkan gangguan benar-benar mengecewakan rakyat dan tidak boleh diterima sama sekali.
Katanya, Syabas selaku pemegang konsesi bekalan air terbesar di Selangor harus memiliki sikap tanggungjawab dengan memberi pampasan kepada pengguna yang terkesan dari gangguan bekalan air.
“Sebagai pemegang konsesi yang memonopoli di Lembah Klang, kelemahan itu tidak boleh diterima sama sekali,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Kejadian sedemikian sama seperti berlaku Disember tahun lalu apabila penduduk sekitar Pandan, Ampang, Gombak dan Wangsa Maju mengalami gangguan bekalan air selama tiga minggu berikutan kerosakan di rumah pam Wangsa Maju.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, satu keputusan dibuat untuk memfail kes tuntutan terhadap Syabas di Tribunal Tuntutan Pengguna mengikut Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Seksyen itu menyebut: “Jika perkhidmatan dibekal kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah.”
“Jika Syabas ada ketelitian dan kemahiran yang munasabah, kelemahan yang menyebabkan gangguan bekalan air berulang sudah lama diatasi,” kata Rafizi.
Selain itu, beliau berkata, Pusat Khidmat Parlimen Pandan membantu pengguna untuk mengisi maklumat di www.rafiziramli.com/tribunalpengguna bagi memfailkan kes tuntutan pampasan.
Selain menulis surat kepada Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail untuk meminta penjelasan, beliau berkata, langkah itu sebagai kempen tersusun supaya Syabas bertanggungjawab setiap kali berlaku gangguan bekalan air.
- FZL

Wednesday 28 August 2013

BUDAYA KITARSEMULA BN DITURUT CUEPACS?

CUEPACS RAYU KERAJAAN SEGERAKAN PENYERAPAN KAKITANGAN KONTRAK


 KANGAR, 26 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan supaya menyegerakan penyerapan kira-kira 45,000 kakitangan kontrak ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan mereka.Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata perkara itu boleh dilaksanakan berikutan jumlah kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kini menjangkau angka 100,000.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan dialog dengan kakitangan perkhidmatan awam anjuran Cuepacs Perlis di sini Isnin, beliau berharap perkara itu dapat direalisasikan menjelang akhir tahun depan.
Menurut Omar, adalah tidak adil jika pekerja kontrak yang berkhidmat begitu lama di jabatan kerajaan tidak diserap ke jawatan tetap walaupun berkali-kali menghadiri temu duga sedangkan orang luar yang langsung tiada pengalaman, dilihat lebih mudah menerima tawaran jawatan tetap.
"Ini menampakkan seolah-olah ada diskriminasi dalam perkhidmatan awam sedangkan kebanyakan kakitangan kontrak menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan," katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail.
Beliau bimbang dengan masa depan kakitangan kontrak apabila perkhidmatan mereka ditamatkan setelah kekosongan jawatan tetap diisi oleh individu lain.
Omar juga berharap jabatan dan agensi yang mempunyai kakitangan kontrak memastikan kakitangan terbabit diberi caruman dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya mereka boleh menuntut pampasan jika berlaku kemalangan.
Mengenai skim perumahan untuk kakitangan awam, beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri mencontohi Wilayah Persekutuan yang menyediakan rumah yang dijual pada harga serendah RM120,000 yang pembayarannya dibuat melalui potongan gaji.
Katanya kerajaan perlu memberi perhatian terhadap masalah perumahan kakitangan awam kerana lebih 30 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini belum mempunyai kediaman sendiri.
Beliau berkata Cuepacs juga sedang berbincang dengan kerajaan supaya menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan perkhidmatan awam daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus.

Bernama
27/8/2013

Sunday 25 August 2013

BN BAGAI HIDUPKAN SATU BANGKAI

Biarlah Oridnan Darurat dlam kubur.
Baik dalam Parlimen atau di luar Parlimen ahli ahli Parlimen BN kuat meneriak agar Ordinan Darurat ( EO ) yang telah dimansuhkan dan kini berehat di dalam kubur untuk dihidupkan semula. Alasan mereka hanya dengan EO gejala jenayah berat dapat diselesaikan.
Mantan Ketua Menteri Melaka , Ali Rustam pergi lebih jauh lagi - beliau menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat ( PR ) di atas segala jenayah pembunuhan ala mafia yang berlaku sekarang. Mahathir pula menyatakan Kerajaan BN menggadaikan kebebasan dengan pemansuhan EO.
Mantan Ketua Polis Negara (KPN ), Rahim Noor dan KPN pula mahukan Kerajaan menghidupkan semula EO. Agak lucu juga Rahim Noor bercakap tentang jenayah dalam keadaan beliau sendiri telah gagal memastikan keselamatan orang yang ditahan di lokap polis-tempat yang sepatutnya paling selamat-benar benar selamat. Adakah beliau telah lupa bagaimana beliau sebagai KPN telah mencederakan Anwar Ibrahim di dalam lokap polis. Jika polis melakukan jenayah sudah dikira jijik bagaimana pula jika Ketua Polis yang melakukan jenayah dan jenayah pula dilakukan di dalam lokap polis?

Adakah benar EO ubat yang mujarab bagi menyelesaikan jenayah berat seperti kongsi gelap? Jika benar sudah pasti sudah lama gejala kongsi gelap telah dapat diselesaikan kerana EO hanya dimansuhkan setelah usia EO mencapai usia emas.Seperti yang kita tahu EO membenarkan penahanan tanpa bicara seperti ISA, maka sepanjang tempoh EO masih hidup dan bernyawa logiknya sudah tentu sudah ramai ketua ketua kongsi gelap yang berjaya ditahan sekaligus segala kegiatan dan modus operandi mereka sudah boleh dikenal pasti. Jadi mengapakah ketua polis masih mengeluh kita masih masih perlukan EO?
Hakikatnya EO bukan sahaja digunakan ke atas penjenayah berat malahan penjenayah biasa yang terlibat dengan kesalahan yang dikira kecil juga menjadi mangsa EO. Peguam yang biasa mengendalikan jenayah tahu sangat perkara ini. Tapi itu bukan isunya mengapa PR dan mana mana individu yang prihatin meminta EO dimansuhkan.
Ya, jenayah berat isu kita bersama.Namun sejahat mana pun seorang penjenayah mereka masih seorang manusia. Mereka ada hak iaitu hak sebagai seorang manusia. Hak ini adalah hak yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia itu. Hak itu wujud sebelum wujudnya mana mana undang undang di negara di dunia ini. Hak itu hak yang sentiasa ada sekalipun tiada apa apa undang undang dalam mana mana negara. Di dalam bahasa ingggeris ianya dikenali sebagai "inalienable rights".
Atas dasar itu apabila Presiden Amerika Thomas Jefferson mengumumkan Perisytiharan Kemerdekaan ( Declaration of Independence ) di dalam perenggan kedua Perisytiharan Kemerdekaaan tersebut wujudnya kata kata ini " kami menerima perkara berikut sebagai satu kebenaran yang nyata iaitu semua manusia dilahirkan sama dan mereka dikurniakan oleh Pencipta mereka beberapa hak yang tidak boleh dipisahkan dari mereka ..". Ada sarjana undang undang yang menyatakan kata kata tersebut menunjukkan wujudnya pengaruh Islam dalam Perisytiharan Kemerdekaan tersebut. Mereka yang mempelajari sejarah Islam sudah tentu arif dengan kata kata Khalifah Islam Syaidina Umar r.a kepada Gabenor Mesir , Amru Al-As " sejak bilakah kamu diberi izin memperhamba sesama manusia sedangkan ibu ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan bebas". Kata kata syaidina Umar itu ditujukan kepada Gebenornya sendiri apabila anak Gabenor memukul rakyat biasa sambil membanggakan dirinya dengan kata-kata " ana ibnu al -akramin" ( aku anak orang yang mulia).
Antara hak orang yang ditahan yang tidak boleh dipisahkan dari mereka sejahat mana mereka sekalipun adalah hak untuk dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah dan termasuk hak itu adalah hak untuk dibicarakan dan sekaligus hak untuk membela diri. Kerana hak itu bersifat azali maka sebab itu Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf hak tersebut dalam Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. Malangnya pemimpin Umno/BN , Rahim Noor dan KPN yang ada ini tidak ambil peduli hak hak ini. Bagi mereka menahan tanpa bicara sekalipun bertentangan dengan prinsip keadilan dan prinsip asas undang undang jenayah iaitu seseorang dianggap tidak bersalah adalah suatu perkara yang remeh dan tidak perlu diambil berat. Persoalannya bagaimanakah kita nak meremehkan sesuatu hak yang Pencipta manusia itu sendiri berikan?
Satu kesilapan dalam berfikir pemimpin Umno , Rahim Noor dan KPN adalah mereka membuat anggapan apabila ada rakyat yang bercakap tentang hak orang yang ditahan mereka dikira tidak ambil berat kepada mangsa jenayah. Anggapan ini amat amat salah. Mana mungkin PR memandang remeh kepada mangsa penjenayah kerana mana mana mangsa penjenayah itu sudah tentu dalam apa keadaan sekalipun mempunyai hubungan dengan mana mana pemimpin atau ahli ahli PR sama ada saudara mereka atau jiran mereka atau paling kurang rakyat senegara.
PR mahu gejala jenayah berat dibanteras. Mereka perlu ditangkap tetapi mestilah dibicarakan. Jika perbicaraan ke atas mereka sukar disabitkan kerana masalah untuk dikemukakan keterangan dan bukti apa yang perlu dilakukan bukan menahan mereka tanpa bicara sebaliknya undang undang keterangan bagi pengemukaaan bukti bagi kes berat boleh dikaji semula tanpa kompromi perbicaraan yang adil. Sebagai satu contoh amat sukar untuk membuktikan pengedaran dadah dalam perbicaraan kes dadah. Sebab itulah undang undang dadah dipinda dengan memperkenalkan pembuktiaan melalui anggapan atau pembuktian melalui agen provokator (polis yang menyamar). Ini dilakukan tanpa melenyapkan hak orang yang ditahan untuk dibicarakan.
Apa yang kita takut dan mempunyai sebab untuk takut apabila didedahkan oleh bekas bekas pegawai polis yang berpangkat tinggi gejala jenayah kongsi gelap dan pembunuhan ala mafia ini terus berlaku kerana penglibatan pegawai pegawai polis dan ahli ahli politik. Apa yang berlaku kepada mendiang Altantuya membuktikan dakwaan itu bukan suatu yang kosong. Bagaimanakah bom C4 yang digunakan untuk meletup banggunan boleh terlepas begitu sahaja. Bagaimanakah anggota anggota keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan Menteri boleh terlibat dalam pembunuhan ngeri sebegitu. Ini yang patut kita bincangkan bukan beri nyawa sekali lagi kepada EO!!!
*Penulis adalah Ahli Parlimen Sepang

Wednesday 21 August 2013

BAB BELAJARI UMNO MEMANG KANTOI !

 Umno BN gagal sedia pendidikan percuma – Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR 21 OGOS: Umno BN sebagai Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan tanggungjawab keadilan sosial bagi menyediakan pendidikan percuma khususnya kepada golongan yang memerlukan.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang tidak membayar pinjaman di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Anwar lagi“Ia merupakan tindakan yang akan terus membebankan kewangan kepada peminjam selepas mereka dibebankan untuk membuat bayaran pinjaman pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata, isu utama yang perlu diberi perhatian bukannya usaha kerajaan untuk memperolehi semula pinjaman berkenaan tetapi tanggungjawab bagi melaksanakan keadilan sosial dalam bidang pendidikan.
Terdahulu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS sebagai tidak mempedulikan kebajikan terutamanya anak muda.

Katanya, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS.
“Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga, sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah dan kereta,” kata Rafizi.

Beliau memberi amaran kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka di dalam CCRIS.
“KEADILAN akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehinggalah ia dibatalkan oleh Barisan Nasional,” kata Rafizi.

Tidak sampai beberapa hari selepas isu ini dibangkitkan, kerajaan hari ini membatalkan tindakan PTPTN dalam melaksanakan CCRIS terhadap peminjamnya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan di facebooknya hari ini memaklumkan sejurus selesai bermesyuarat bersama Jemaah Menteri.

Keputusan ini dibuat mungkin berdasarkan tekanan dari pelbagai pihak yang tidak bersetuju berikutan pengumuman Idris bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara untuk menyenarai hitam peminjam yang gagal membayar pinjaman PTPTN.
CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

KeadilanDaily

Monday 19 August 2013

INILAH PADAH PADA ORANG MUDA BILA MENGUNDI PR DIAMBIL MUDAH

CCRIS untuk peminjam PTPTN, KEADILAN lawan sampai batal – Rafizi

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 19 Ogos: KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli.
demo-hapus-ptptnIa berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama  Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.
Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam daripada membuat pinjaman lain termasuk  membeli kenderaan.
“Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini. Kita akan lawan sampai PTPTN batalkan hasrat itu,”  tulisnya di Twitter malam tadi.
“CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh,” kata Rafizi yang menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.
CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.
Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit
Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.
“Ini pastinya menambah beban kami. Bayaran PTPTN itu sendiri mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah. Itu tidak termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran dalam kalangan graduan,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.
“Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula responnya selepas ini,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54914

Monday 12 August 2013

BUKAN SANGAP TAPI KENA JAWAB !

PETALING JAYA 12 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan mahkamah menolak petisyen pilihan raya yang difail Pakatan Rakyat (PR) dan memihak kepada kerajaan Umno BN, memberi gambaran yang jelek.

Pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau kesal kerana ada petisyen ditolak semata-mata kerana ia tidak dihantar oleh pemohon sebaliknya dilakukan peguam.

Menyatakan ia mengaibkan institusi kehakiman negara, Ketua Pembangkang itu berkata, berkata keputusan hakim juga tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima akal.

“Pertama, menolak kes dengan asas paling tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia yang waras boleh berfikir akan perkara ini bagaimana ia boleh ditolak.

“Berpuluh-puluh kes tidak pernah saya bawa sendiri, semuanya melalui peguam. Bagi saya, hakim begitu patut masuk kuliah semula,” katanya yang kesal kerana aspek kegagalan pengurusan pilihan raya, tidak diteliti.

“Ini seolah-olah sengaja dielak perbicaraan kerana tidak mahu fakta itu diketengah melainkan beberapa kes yang membabitkan petisyen Umno BN seperti di Sabah dan Kelantan.

Anwar berkata, Pakatan memfail petisyen ke mahkamah melalui saluran sah bagi dapat mengelak insiden seperti di Thailand dan Mesir tetapi sebaliknya berlaku.

“Kita dipukul dengan alasan tidak munasabah dan didera dengan bayaran yang cukup tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa permohonan lain didengar pada 2 Disember akan datang seperti penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes penggunaan dakwat kekal.

Katanya, majoriti pengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan tetapi kekurangan kerusi pada PRU 13 dan ia terbukti melalui kajian Merdeka Centre, sebuah badan penyelidik bebas yang membuktikan Umno BN menang kerana undi awal dan pos.

- FZL

Sunday 11 August 2013

DSAI 66


Majlis ringkas ini telah diadakan dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan pada 10 Ogos 2013 di Simpang Tiga Kubang Ulu, Penanti

Semoga Allah memanjangkan usia DS dan permudahkan serta merahmati perjalanan hidupnya ke arah mentadbir Malaysia bagi menyelamatkan rakyat Malaysia.