Monday 21 October 2013

PLKN PERLU DIMANSUHKAN !

Rasanya tak perlu diulas panjang lebar mengenai siapa sebenarnya meraih keuntungan dari program PLKN ini..

Baik dari penyediaan tapak Kem, menyediakan kemudahan untuk Kem, membekalkan pakaian dan juga membekalkan makanan kebanyakkan tender dikatakan diperolehi oleh kroni-kroni UMNO..

Kroni-kroni yang dimaksudkan disini ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan sahabat-sahabat mereka bukannya macai-macai UMNO..

Cadangan Anwar Ibrahim ini tak mungkin diterima pakai oleh Najib, kerana ianya bakal menyusahkan kroni-kroni mereka...

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini meminta kerajaan memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana gagal mencapai objektifnya. 
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PLKN tidak berhasil untuk memupuk kesatuan kaum dan jati diri di kalangan pelatih selain menelan belanja yang terlalu tinggi. 
"Kalau kita lihat belanja untuk program PLKN menelan belanja tahunan sehingga RM 800 juta iaitu belanja yang lebih besar daripada perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan(KBS) iaitu RM 700 juta yang juga mempunyai matlamat yang sama. 
"Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian semenjak penubuhannya dan bilangan kes pelatih hamil dan bersalin sewaktu di dalam program. 
"Oleh itu program ini patut dikaji semula sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC)," katanya ketika pembentangan Pra Belanjawan PR di bangunan Parlimen hari ini. 
PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihannya di seluruh Malaysia bagi yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah pada peringkat SPM atau berumur 17 tahun. 
PLKN mula diperkenalkan pada tahun 2004 selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003 ~ Sinar Harian

Friday 11 October 2013

BLOG PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN BATANGKALI


    http://pkmbatangkali.blogspot.com

PEMBAZIRAN WANG NEGARA MALAH MEMBAZIR NYAWA ANAK MUDA

PLKN : BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 tahun,  maut di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara, PLKN Muazzam Shah, Rompin, Pahang hanya kerana dia dilaporkan memotong barisan tatkala bersarapan pagi 22 September lalu. Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan di bilik air kem terbabit pada awal pagi sehari kemudian.

Siasatan awal polis mendapati Suhaimi mengalami kecederaaan di bahagian otak. Berikutan itu  seorang suspek berusia 17 tahun dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sebutan semula kes pada 11 Disember di Mahkamah Majestrit Rompin.

Manakala 5 pelatih lain dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun sama kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.


Tentunya ramai antara pembaca tahu mengenai perkembangan kes menjadi  satu titik hitam ini sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dan mencetuskan kesangsian terutamanya di kalangan keluarga bakal menghantar anak mereka ke Kem PLKN. 


Lihat gambar dirakamkan oleh akhbar Sinar Harian, persiapan membawa jenazah pulang ke Kerdau, Temerloh untuk dikebumikan. Hati ayah dan ibu manakah tidak tersentuh melihat sekujur mayat anak dipulangkan ke pangkuan mereka dalam keadaan sebegitu? Jika pihak pentadbiran PLKN disaman  atau keluarga diberikan pampasan jutaan ringgit sekalipun, nyawa anak mereka tidak akan dapat dikembalikan semula.

Mungkin sebilangan individu terbabit dengan PLKN berkata, bukan semua kes kematian pelatih membabitkan kes jenayah.

Ya, benar tetapi biarpun kes dianggap terpencil, kehilangan nyawa pelatih  tetap satu fakta tidak mampu disangkal. Jika tidak terkena batang hidung sendiri, barangkali tiada impaknya kepada keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Setelah kira-kira 10 tahun PLKN dilaksanakan, apakah antara kaedah damage control dilakukan oleh pihak pentadbiran? Bukankah amat wajar sekiranya jiwa ibu bapa ditenangkan dengan perkongsian maklumat tepat agar mereka mampu berlapang dada sebelum anak mereka dihantar sebagai pelatih? 

Oleh itu, bijak sekiranya penggunaan media sosial dioptimakan untuk menyebarkan maklumat sebagai rujukan semua. Melalui pemerhatian, kebanyakkan rakaman video dipaparkan di Youtube, hasil kreativiti bekas pelatih, bukan maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan PLKN sendiri.

Adakah sebilangan kita masih lagi tidak mempercayai keberkesanan perkongsian maklumat melalui media sosial?

 
 

Friday 4 October 2013

INILAH CARA BN KENDALI SYARIKAT ,RUGI PUN DAPAT BONUS!

PRASARANA rugi, tapi staf dapat bonus
Seperti juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang lain, Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) masih menerima bonus sehingga dua bulan gaji walau mengalami kerugian.
PRASARANA yang mengalami pertambahan kerugian dari RM367.12 juta pada 2009 kepada RM763.94 juta pada 2011, membayar bonus sebanyak sebulan setengah hingga dua bulan gaji pada kakitangannya.

Ia merupakan salah satu daripada 20 syarikat berkaitan kerajaan yang didapati merekod kerugian untuk tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011, menurut laporan Ketua Audit Negara 2012.

Selain itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Cyberview Sdn Bhd dan Mimos Bhd turut membayar bonus kepada kakitangannya di antara setengah bulan hinggfa tiga bulan gaji.

Amanah Raya Bhd, sebaliknya, membayar imbuhan sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangannya.

Kesemua syarikat tersebut mengalami kerugian antara RM4.6 juta hingga RM763.94 juta pada 2011.

KTMB, Jambatan Kedua dan IWK mengalami kerugian untuk tiga tahun berturut-turut.

KTMB yang sering mencatat kerugian, bahagaimanapun memperbaiki rekod dengan mengurangkan jumlah itu dari RM372.01 juta pada 2010 kepada RM103.66 juta pada 2011.

Menurut Kementeri Kewangan, bonus tersebut dibayar walau syarikat tersebut mencatat kerugian memandangkan syarikat berkenaan mencapai indeks prestasi utama masing-masing.

Selain itu, kebanyakan syarikat itu juga dibentuk untuk memenuhi tuntutan sosial bagi membantu pembangunan dan bukannya demi keuntungan.

Tuesday 1 October 2013

KENAPA KERAJAAN PUSAT SELALU KANTOI BAJET ?

SHAH ALAM : Kerajaan Pusat perlu menerangkan kenapa wang negara terlebih belanja sehingga memaksa Parlimen untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2013 bagi menampung perbuatan itu.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata garis panduan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) menetapkan pemerintah yang meminta pertambahan yang berlebih-lebihan biasanya menunjukkan perbelanjaan yang tidak berdisplin.

Apa yang turut mengecewakan, perbuatan itu juga menunjukkan belanjawan sebelum ini tidak disediakan dengan baik dan tidak berpandangan jauh.

“Pada prinsip asasnya perbekalan tambahan tidak diperlukan selagi belanjawan disediakan dengan baik dan apa-apa perbelanjaan yang tidak dijangka ditampung dari rizab kontingensi,” tegas William ketika berucap di sesi Pembahasan RUU Perbekalan Tambahan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau merujuk kepada bayaran tambahan sebanyak RM8,853,400,000 (RM8.853 bilion) untuk menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum bagi tahun 2013. William mahu Kerajaan Pusat menjelaskan bagaimana peruntukan asal bagi tujuan itu iaitu sebanyak RM20,015,000,000 (RM20.015 bilion) dibelanjakan.

“Adakah bayaran ini dijangka bila Belanjawan 2013 di siapkan untuk pembentangan pada October 2012?” soal William, dan menambah, “Saya minta Kerajaan memberikan maklumat jumlah daripada peruntukan asal telah dibayar dan apa kah perubahan dalam andaian ekonomi yang mempengaruhi dasar belanjawan yang telah diluluskan pada October 2012.”