Friday, 8 November 2013

HEBAT ! SELANGOR YANG PERTAMA

Selangor negeri pertama lulus lesen burung walit

SHAH ALAM 8 NOV : Selangor muncul negeri pertama meluluskan pemberian lesen industri penternakan dan perusahaan sarang burung walit melalui tawaran pakej insentif yang adil kepada penternak serta pengusaha sedia ada, berkuatkuasa 1 Januari 2014.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata pelaksanaan dasar itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengadakan sesi dialog bersama persatuan dan pengusaha industri berkenaan, pada 25 September lalu.
Katanya, pelaksanaan terbabit akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Undang-undang Kecil Penternakan  burung Walit dan Perusahaan Sarang Burung Walit 2013 di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.
“Dalam proses pertimbangan, kerajaan negeri mengambil kira beberapa faktor termasuk kepentingan dan masalah pengusaha, selain kepentingan orang ramai dari segi kebersihan, wabak penyakit, pencemaran bunyi, kesan negatif terhadap nilai hartanah serta pembinaan bandar yang selesa,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Teng turut menjelaskan beberapa perkara utama berkenaan pelaksanaan dasar perlesenan itu yang harus dipatuhi penternak dan pengusaha burung walit seperti yang diputuskan MMKN.
“Semua penternak dan pengusaha di tanah pertanian akan diberikan lesen, mulai 1 Januari 2014. Penternak dan pengusaha sedia ada di premis perniagaan menerima lesen dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016, manakala penternak serta pengusaha di sawah padi pula akan diberikan lesen dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2020.
“Bagi penternak dan pengusaha di premis perniagaan serta sawah padi, mereka akan diberikan insentif iaitu fi lesen, cukai tanah serta cukai pintu percuma selama lima tahun di tapak baru, jika memindahkan operasi penternakan burung walit ke tanah pertanian di tempat sedia ada dalam tempoh lesen diberikan,” katanya.
Chang Kim berkata, pemberian lesen adalah tertakluk kepada syarat- yang diperuntukkan di bawah undang-undang kecil berkenaan dan semua pengusaha serta penternak perlu mengemukakan permohonan lesen, selewat-lewatnya 31 Disember ini.
“Permohonan lesen untuk operasi di premis perniagaan dan sawah padi, sama ada sedia ada atau yang baru tidak akan dipertimbangkan selepas 31 Disember ini dan segala permohonan perlu dikemukakan kepada PBT berkenaan.
“Kita berharap dengan pemberian lesen ini, penternakan dan perusahaan sarang burung walit di Selangor akan berkembang dengan teratur, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri,” katanya.
-NFN

1 comment:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete