Thursday 4 July 2013

GELINYA PENGENDALI !

Saman AES lebih 600 ribu, pengendali dapat RM13 juta

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Sebanyak 673,339 saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 11 Jun 2013, kata Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
HANIPA_AES
Hanipa Maidin (kiri) bersama Mahfuz Omar, penggerak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Manakala sehingga 15 Mei 2013, kerajaan telah membayar RM 13,550,758 sebagai bayaran yuran perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia AES.
“Bayaran dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan,” kata Hanipa merujuk jawapan bertulis yang diterimanya dari Kementerian Pengangkutan.
Tambah Hanipa tindakan itu bercanggah dengan amalan seharusnya, iaitu bayaran saman disalurkan kepada Perbendaharaan, bukan kepada syarikat pengendali AES.
“Ini kesalahan dan penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES. Wang saman itu seharusnya disalurkan kepada lkerajaan.
“Yang untung syarikat swasta, rakyat yang tanggung kerugian. Kenapa wang pergi kepada dua syarikat ini?,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
KEADILAN sebelum ini membongkar dua syarikat pengendali saman AES, iaitu Beta Tegap dan Ates Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Umno dan MCA.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
Dalam pada itu, Hanipa menuntut kerajaan mendedahkan perjanjian dengan dua syarikat terbabit.
“Kita nak tahu. apakah ia dibawah OSA? (Akta Rahsia Rasmi). Jika dibawah OSA, ia perlu dideklasifikasi. Rakyat nak tahu apa kandungan perjanjian,” tegas Hanipa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54059

No comments:

Post a Comment