PRASARANA rugi, tapi staf dapat bonus
Seperti juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang lain, Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) masih menerima bonus sehingga dua bulan gaji walau mengalami kerugian.
PRASARANA yang mengalami pertambahan kerugian dari RM367.12 juta pada 2009 kepada RM763.94 juta pada 2011, membayar bonus sebanyak sebulan setengah hingga dua bulan gaji pada kakitangannya.
Ia merupakan salah satu daripada 20 syarikat berkaitan kerajaan yang didapati merekod kerugian untuk tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011, menurut laporan Ketua Audit Negara 2012.
Selain itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Cyberview Sdn Bhd dan Mimos Bhd turut membayar bonus kepada kakitangannya di antara setengah bulan hinggfa tiga bulan gaji.
Amanah Raya Bhd, sebaliknya, membayar imbuhan sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangannya.
Kesemua syarikat tersebut mengalami kerugian antara RM4.6 juta hingga RM763.94 juta pada 2011.
KTMB, Jambatan Kedua dan IWK mengalami kerugian untuk tiga tahun berturut-turut.
KTMB yang sering mencatat kerugian, bahagaimanapun memperbaiki rekod dengan mengurangkan jumlah itu dari RM372.01 juta pada 2010 kepada RM103.66 juta pada 2011.
Menurut Kementeri Kewangan, bonus tersebut dibayar walau syarikat tersebut mencatat kerugian memandangkan syarikat berkenaan mencapai indeks prestasi utama masing-masing.
Selain itu, kebanyakan syarikat itu juga dibentuk untuk memenuhi tuntutan sosial bagi membantu pembangunan dan bukannya demi keuntungan.
Friday, 4 October 2013
Wednesday, 2 October 2013
Tuesday, 1 October 2013
KENAPA KERAJAAN PUSAT SELALU KANTOI BAJET ?
SHAH ALAM : Kerajaan Pusat perlu menerangkan kenapa wang negara terlebih belanja sehingga memaksa Parlimen untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2013 bagi menampung perbuatan itu.
Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata garis panduan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) menetapkan pemerintah yang meminta pertambahan yang berlebih-lebihan biasanya menunjukkan perbelanjaan yang tidak berdisplin.
Apa yang turut mengecewakan, perbuatan itu juga menunjukkan belanjawan sebelum ini tidak disediakan dengan baik dan tidak berpandangan jauh.
“Pada prinsip asasnya perbekalan tambahan tidak diperlukan selagi belanjawan disediakan dengan baik dan apa-apa perbelanjaan yang tidak dijangka ditampung dari rizab kontingensi,” tegas William ketika berucap di sesi Pembahasan RUU Perbekalan Tambahan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau merujuk kepada bayaran tambahan sebanyak RM8,853,400,000 (RM8.853 bilion) untuk menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum bagi tahun 2013. William mahu Kerajaan Pusat menjelaskan bagaimana peruntukan asal bagi tujuan itu iaitu sebanyak RM20,015,000,000 (RM20.015 bilion) dibelanjakan.
“Adakah bayaran ini dijangka bila Belanjawan 2013 di siapkan untuk pembentangan pada October 2012?” soal William, dan menambah, “Saya minta Kerajaan memberikan maklumat jumlah daripada peruntukan asal telah dibayar dan apa kah perubahan dalam andaian ekonomi yang mempengaruhi dasar belanjawan yang telah diluluskan pada October 2012.”

Sunday, 22 September 2013
SPR PERLU DIAJAR ATAU BERLAJAR AGAR PRU14 TIDAK CELUPAR!
SUBANG JAYA 20 SEPT: Seorang pakar kimia mendedahkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) hanya mengandungi satu peratus argentum nitrat (silver nitrate).
Steven Ng berkata, dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi antara 10 hingga 18 peratus argentum nitrat larut bagi meninggalkan tanda kehitaman dan bertahan beberapa hari.
“Pelbagai isu ditimbulkan orang ramai berhubung penggunaan dakwat kekal termasuk dakwaan mengatakan ia kekal dan ada tidak kekal.
“Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengesahkan dakwat itu bersifat tidak kekal,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi Tribunal Rakyat di Hotel Empire, hari ini.
Menolak dakwaan Kementerian Kesihatan kononnya argentum nitrat menyebabkan kanser sebagai tidak sahih, Stevan berkata, dakwat kekal yang dipalit di jari mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 saat untuk benar-benar kering.
“SPR dakwa ia kering di jari pengundi dalam kurang dua saat sedangkan dakwat kekal perlu sekurang-kurangnya lebih 30 saat untuk lekat pada jari,” katanya.
Sementara itu, panel Tribunal Rakyat PRU-13, Profesor Ramlan Surbakti mencadangkan SPR mempelajari pengalaman Indonesia dalam penggunaan dakwat kekal.
Ia ekoran penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 menimbulkan kontroversi kerana mudah tanggal.
“Saya sudah dua kali mengunjungi Malaysia untuk berkongsi pengalaman bersama SPR tentang kemahiran Indonesia menggunakan dakwat kekal.
“Saya tertanya-tanya mengapa SPR tidak mahu bertanya kepada negara lain cara penggunaan sebenar dakwat kekal,” katanya.
Thursday, 19 September 2013
PUSAT KHIDMAT SUDAH DIRASMI 16 SEPTEMBER!
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PKM) DUN BATANG KALI,DI BANDAR BARU BUKIT SENTOSA
PADA 16-09-2013, DIRASMIKAN OLEH Y.B. Dr. Daroyah binti Alwi AMMKN (EXCO)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi.
Alhamdulillah dengan adanya kepimpinan baru dari KETUA CABANG PKR HULU SELANGOR,EN NAZAR YAKIN yang juga Penyelaras DUN akan lebih yakin berkhidmat untuk rakyat Hulu Selangor terutama di BatangKali .Majlis ini diraikan juga oleh Ahli-Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor dan penyokong dan pendokong PR, PAS dan DAP.

Sunday, 15 September 2013
TEKUN DAN TAMBAHAN DANA TIDAK AKAN KEMANA !A
SHAH ALAM, 14 SEPT: Dana tambahan RM700 juta untuk Tabung Ekonomi
Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) tidak mencapai objektif mengangkat ekonomi
bumiputera marhaen sekiranya tabung itu terus dijadikan alat politik
Umno.
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata tabung seperti itu sewajarnya membantu semua bumiputera tanpa mengira fahaman politik, ketika adanya aduan mendakwa pemohon disyaratkan menjadi ahli Umno.
Pertambahan dana untuk Tekun diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Dakwaan perlunya menjadi ahli Umno ini, tegas beliau akan hanya menyebabkan ahli-ahli Umno sahaja yang mendapat faedah dari pertambahan dana Tekun.
“PKR tak bantah langsung menambahkan dana Tekun ini sebab Tekun ini sepatutnya untuk usahawan kecil bumiputera tetapi perlaksanaannya Perdana Menteri harus ‘colour blind’ fahaman politik.
“Dana ini tidak boleh hanya disalurkan kepada orang Umno sahaja, tidak menyeluruh kepada usahawan bumiputera sebab yang bukan Umno juga bayar cukai, tidak boleh dikecualikan menikmati faedah yang disediakan kerajaan,” kata Johari kepada TV Selangor.
Johari menambah Kerajaan Pusat juga harus memberi penekanan kepada kualiti keusahawanan melalui strategi proaktif secara berterusan.
Tambah Johari, kegagalan kerajaan mengambil langkah berkesan bukan sahaja akan menyebabkan kegagalan pembangunan usahawan, malahan Tekun juga terpaksa berhadapan dengan isu kegagalan usahawan membayar semula pinjaman yang diberikan.
“Kita tak mahu kalau hari ini seorang usahawan itu proses dan jual kerepek cara tradisi, 15 tahun kemudian masih sama tetapi sepatutnya dia dah pakai mesin untuk melabel, pembungkusan dan dah boleh memasarkan produknya di pasaraya besar.
“Agensi berkaitan tak boleh tunggu sahaja di pejabat usahawan datang tetapi mereka perlu turun padang kenal pasti siapa yang patut dibantu dari segi ilmu termasuk pemasaran dan perlatan seperti mesin,” ujar Johari lagi.
Semalam, ketika mengumumkan tambahan Dana sebanyak RM700 juta kepada Tekun, Najib mensasarkan bilangan usahawan Tekun ditingkatkan daripada 270 ribu pada 2013 kepada 370 ribu pada 2015.

Thursday, 12 September 2013
PENGARAH KOMUNIKASI BARU !
Fahmi Fadzil dilantik Pengarah Komunikasi KEADILAN baru
KUALA LUMPUR 12 SEPTEMBER: Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik kepada Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, dilantik sebagai Pengarah Komunikasi parti itu bagi menggantikan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad.Lantikan tersebut berkuat kuasa mulai semalam.
Perkara itu dinyatakan dalam twitter KEADILAN.

“Alhamdulillah saya bersyukur di atas lantikan ini. Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang berat.
“Namun saya percaya berbekalkan doa, semangat reformasi dan sokongan teman-teman seperjuangan, Insya-Allah matlamat membina sebuah Malaysia yang lebih baik serta adil buat semua anak watan bakal menjadi realiti satu hari nanti,” katanya dipetik portal media.
Sementara itu, Nik Nazmi menerusi twitternya turut mengucapkan tahniah atas lantikan itu.
“Tahniah atas lantikan sebagai Pengarah Komunikasi yang baru.
“Saya akan bantu apa yang perlu Insya-Allah,” katanya.
Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia dipilih menggalas jawatan tersebut bermula 16 Ogos 2010.
Fahmi juga merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55553
Subscribe to:
Posts (Atom)