Thursday 8 November 2012

KONFLIK NAJIB PASTU NAZRI GARA-GARA LARANGAN

Nazri Tidak Wajar Halang Sidang Media Di Parlimen


SHAH ALAM,8 NOV :Tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu adalah tidak wajar memandang Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini.
“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Nazri Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.
“Tindakan Nazri Aziz itu berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.
Ujar beliau,sebelum ini Nazri tidak pernah menghalang sidang media yang dibuat di Parlimen.
Malah, ketika isu NFC dibongkarkan beliau langsung tidak bersuara melahirkan tentangan itu.
“Jelasnya, hanya apabila beliau menjadi bahan sasaran sidang media kebelakangan ini ekoran hubungan beliau dan Michael Chia, baru timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media,” katanya.
Justeru Rafizi mengulangi saranan supaya Nazri Aziz mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat itu.
“Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan perhatian kepada kes Datuk Seri Nazri Aziz.
“Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal,” katanya.

No comments:

Post a Comment