Komen : Umur dah 60 tahun jadi Pengarah Kemas? Nasib baik dilantik jadi speaker tak kiralah samada UMNO Perlis dah takder calon sesuai. Yang penting dapat juga KEMAS pengganti pengarah yang baru.
KANGAR
- Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis,
Hamdan
Bahari hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
yang baru.
Beliau
mengangkat sumpah memegang jawatan itu di dewan mesyuarat Dewan
Undangan Negeri Perlis selepas pelantikannya dicadangkan Menteri Besar
Perlis, Azlan Man dan disokong anggota Exco Kerajaan Negeri, Sabry
Ahmad.
Hamdan,
60, menjadi pengarah Kemas Perlis selama tujuh tahun dan sebelum itu
pernah berkhidmat kira-kira 30 tahun sebagai guru termasuk selama 14
tahun sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Menengah Jabatan
Pendidikan Perlis.
Selepas
bersara daripada perkhidmatan kerajaan, beliau dilantik sebagai
Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan
memegang jawatan itu selama kira-kira dua tahun sebelum mengangkat
sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis menggantikan Datuk
Yazid Mat.
Ketika
ditemui pemberita selepas majlis itu, Hamdan yang lebih dikenali
sebagai "Cikgu Hamdan" berazam akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik
mungkin walaupun ia penuh cabaran.
Beliau
juga berharap kesemua anggota dewan undangan negeri dapat memberi
sumbangan yang terbaik untuk memajukan negeri melalui tanggungjawab
masing-masing.
Pada
majlis itu, kesemua 15 anggota dewan undangan negeri (Adun) Perlis
termasuk dua anggota pembangkang mengangkat sumpah sebagai anggota dewan
di hadapan Hamdan.
Majlis angkat sumpah itu bermula dengan Azlan yang juga Adun kawasan Pauh.
Sementara
itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dijadual
merasmikan mesyuarat pertama, penggal persidangan pertama dewan undangan
negeri yang ke-13 pada 1 Julai manakala persidangan akan berlangsung
pada 2 dan 3 Julai. - Bernama
No comments:
Post a Comment