Wednesday 12 June 2013

UMNO MOHON BATAL DI KESAL !

KUALA LUMPUR 12 Jun - Permohonan UMNO untuk membatalkan pembelaan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua lagi individu kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan pencerobohan di Lahad Datu,Sabah akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai ini. Saman itu sebelum ini difailkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh  pada 15 Mac lalu terhadap Tian Chua, Editor Portal, Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey. Ab. Rauf memohon supaya pembelaan Tian Chua dan dua lagi individu dibatalkan atas alasan mereka memberikan pembelaan yang tidak berasas, tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan. Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop selepas mendengar hujahan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO dan peguam William Leong yang mewakili Tian Chua dan dua lagi di kamar beliau.Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu. Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain dakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Sulu di Lahad Datu, Sabah

No comments:

Post a Comment