Thursday 5 September 2013

UMNO MALAYSIA JUGA HANCUR MENJELANG PAU

KIAMAT UMNO

Gambar Hiasan dari Laman Facebook
UMNO Cawangan-cawangan hampir sepenuhnya sudah melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan Persidangan UMNO Cawangan. Kini UMNO Bahagian-bahagian pula akan berhadapan dengan Mesyuarat UMNO Bahagian.Banyak yang berlaku sekeliling kita dalam melaksanakan proses yang dinamakan demokrasi ini. Semuanya secara tidak langsung memperlihatkan wajah sebenar ahli-ahli UMNO.
Laman media sosial sekarang sudah semakin sesak dan sibuk dengan ahli-ahli UMNO. Mereka yang selama ini menganggap media sosial tidak memberi impak juga sudah menjadi hamba media sosial dengan meng-update status mereka hampir setiap jam. Mereka yang sebelum ini hanya berdiam diri dalam menangkis serangan lawan dalam PRU lalu kini sudah mula menunjukkan belang dalam berperang dan memfitnah serta memburuk-burukkan lawannya didalam UMNO. Apakah orang UMNO hanya kuat bila berperang sesama sendiri, namun jadi pengecut bila berhadapan dengan lawan sebenar? 
Di cawangan-cawangan masih kedengaran kisah cantas-mencantas dan tikam-menikam. Namun itulah hakikatnya, apabila kita menang maka kita menganggapnya wajar tetapi apabila kita kalah maka kita menganggapnya tidak demokratik dan sebagainya. Apakah makna demokrasi hanya apabila kita menang? ....atau kita juga sama sebagaimana  Anu arr dan pembangkang yang menganggap PRU13 tidak bersih ditempat dimana mereka kalah?
Ahli Parlimen yang baru telah tewas dalam Persidangan Agung Cawangannya namun dalam masa sama berhajat bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Ahli Parlimen tidak semestinya Ketua UMNO Bahagian, namun Ketua Bahagian semestinyalah ahli UMNO yang kuat dan disokong di cawangannya sendiri. Hanya ahli-ahli di cawangan berkenaanlah yang lebih mengetahui kebenarannya. Apakah selama ini seseorang itu benar-benar komited kepada perjuangan UMNO dan cawangannya atau hanya baru-baru ini menyedari bahawa sudah banyak yang UMNO bantu beliau.

Jika ahli UMNO Jerantut benar-benar sayangkan UMNO sepatutnya semua kerusi-kerusi tidak dipertandingkan kecuali yang dikosongkan. Kenapa Ketua Bahagian mesti ditentang? Kenapa Ketua Wanita mesti dilawan? Yang dikosongkan dan perlukan pengganti adalah Kerusi Ketua Pemuda dan Puteri. Jadi siapa sebenarnya yang gilakan kuasa? Kita tanya diri sendiri dan tanya pencacai dikiri kanan kita juga.
Jika di PRU12 BN Pahang hilang 4 kerusi, manakala di PRU13 BN Pahang hilang 12 kerusi, tidak mustahil PRU14 nanti UMNO dan BN akan lenyap jadi kisah dongeng dan sejarah saja jikalau beginilah sikap ahli-ahli UMNOQ (diulangi UMNOQ). Mungkinkah PAU kali ini adalah kiamat bagi UMNO?
~ ManG

No comments:

Post a Comment