Wednesday 8 May 2013

DARI KELANA JAYA UNTUK KE PUTRAJAYA!

PERHIMPUNAN 508 kemuncak hingga tidak kurang 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.(Orang ramai memenuhi stadium sejak lewat petang semalam)
Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang , ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.

Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan sesak teruk sejak petang semalam

Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan penipuan dan tanda tanya.

No comments:

Post a Comment