Thursday 30 May 2013

KALAU SELANGOR BOLEH , SERAWAK JANGAN BERDALIH?


Sementara barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru dilantik, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan meneruskan deklarasi yang telah dilakukan sebelum ini termasuk pengisytiharan harta selepas menjawat jawatan dalam pentadbiran negeri.
Menurutnya, setiap penambahan aset semasa Exco tersebut ketika mula bertugas akan dilaporkan termasuk Exco baru dan lama.
Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, perkara itu akan dilakukan sebelum sidang Dun yang pertama bermula pada 28 Jun depan.
“…21 Jun akan adakan satu upacara angkat sumpah di Dewan, angkat sumpah tersebut  menentukan Speaker, Timbalan Speaker dan juga setiap Adun dikehendaki mengangkat sumpah pada hari tersebut.
“Saya ingat yang pengting adalah Exco dahulu, sebab ia bukan sahaja mempunyai tugas yang dipanggil tugas eksekutif,” katanya pada pemberita di Istana Alam Shah, di sini, hari ini selepas istiadat mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Selain Selangor, Negeri Sembilan juga mengambil langkah sama dengan meminta kesemua Exconya melakukan pengisytiharan harta.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberikan tempoh sebulan bermula 22 Mei lalu untuk mengisytiharkan aset masing-masing.
Sehari sebelumnya, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan semua wakil rakyat di Parlimen dan Dun supaya mengisytihar aset setiap tiga tahun.
Ia bagi memastikan integriti pentadbiran negeri di samping mengatasi soal keraguan sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat.

No comments:

Post a Comment